HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Saturday, December 24, 2016

Semester 5 | Road To Final

Assalamualaikum w.b.t

It's been a long time. Many thanks kepada followers and readers yang sudi menjengah walaupun blog aku ni memang dah jarang sangat update. Aku pun tak sangka bila dah masuk zaman degree ni, tahap busy tu berganda-ganda, and rasa nak bukak blog sendiri pun dah macam tak lalu. Sorry , nineteencapri . Huhu


Okay, so what's up? "It's ceiling!!" HAHAHAH. Tak faham? K takpe. *skip*

14 weeks of being a part 5 degree student is over gaiss. Road to final lah pulak. Masih lagi student part 5 , tapi status tu ada lagi sebulan nak guna sebelum pencen. Hehehe. Status sweet 22 pun akan berakhir tak lama lagi gais. Huks

Apa yang busy sangat nih? Kecoh macam orang lain tak busy pulak kan. Biar laaa...

Every sem opkos la semua student akan ada assignments, quizzes, tests, and presentations yang nak kena hadap kan. Tak masuk lagi dengan homework  3 4 5 6 sekaligus yang nak kena hadap bila lecturer kesayangan bagi. Lap dahi aje lah walaupun tak berpeluh.


Untuk semester kali ni, aku join Melaka International Intellectual Exposition or Miiex. Kat Lendu ajo. Bukan secara sukarela ye kawan-kawan. Tapi sebab nya kawan aku yang lagi tiga tu dorang nampak *kehebatan* aku, pastu suruh aku join dorang. Huhuhu. K gurau.

Sungguh ku tak rela. Nope, sungguh kami tak rela. Sebab competition ni takde kena mengena dengan nak up kan pointer korang pun, tapi yang bagusnya korang dapat create experience. Nak cerita alkisah macam mana kami dipaksa masuk untuk event ni memang panjang. Tapi takpelah. Yang pahit tu kita jadikan pengalaman, yang manis kita abadikan. Apa yang manisnya? Alhamdulillah, project yang kami buat ni menang Silver medal. Alhamdulillah, bukan kumpulan kami aje yang dapat silver medal ni, banyak lagi yang dapat silver medal ni. Tahniah untuk semua. Peace.

p/s : Walaupun kami dipaksa masuk untuk semester kali nih, inshaAllah di masa akan datang, jika berpeluang, kami nak upgrade lagi project kami tu. Fighting!!


Rakan seperjuangan. Sama macam semester - semester lepas, project far (akaun) memang sentiasa akan ada dalam list. Nak settle kan project pun stress kot. Sumpah tak tipu. Pening kepala nak cari masa nak settlekan assignment or group project nih.


Ye kami budak accounting, tapi madam nak jugak suruh kiteowang buat tower tau. Ni lagi lah banyak makan masa. Setiap minggu wajib meeting nak tower ni keep in progress. Paling paling pun 4-5 jam kena luangkan masa buat tower ni. Di mana ketenangannya? Hahah. 

Untuk pertama kalinya aku rasa busy and stress macam ni. Pening kepala pusing pusing, but still "I NEED TO STUDY. I NEED TO PREPARE MYSELF. I NEED TO FINISH THIS."
Selalunya hujung week 14 dah boleh relax sebab syllabus pun habes awal, tests bagai pun dah settle, tapi kali ni tak. So, apakah yang bakal menanti untuk next semester ye?

p/s: Yang tak bestnya, bila stress, jerawat pun timbul 3-4 kat dahi. Lagi bertambah stress, nama pun perempuan kan? Konfem lah kesah pasal jerawat nih. Tu pun nak citer ke? Eh biarlah! Haha.

Stress stress jugak weh. Tapi tengah stress tu la budak AD buat event P.Ramlee. Kiteowang pun datang lah support. Release tension sikit. Tengah aku and Faiz dok posing baek punyaa kat kereta antik nih, datang sorang budak kecik nak bergambar jugak. Tanpa dijemput terus masuk frame. Layankan aje. Hahahaha


Yang tak boleh blah, kiteowang pose over over pun dia ikut jugak. Hahaha. Sengal betul.
*nice angle betul gambar ni, thanks Lili*


Naseb kau comey adik oi. Hahaha. Dah besar nanti jadi lah anak yang baik ye, akak akan doakan yang baek baek untuk awak. Heehehe

Okay lah. Itulah cerita sepanjang semester 5 kali nih.
Road to final. Moga korang dapat doakan aku dan rakan-rakan seperjuangan yang lain, dapat menempuh final dengan jaya nya. InshaaAllah kami akan lakukan yang terbaik. Wahhhh, ayat cun habes dah ni. Peace.
______________________________________________

IKLAN


To all SAMYANG lovers, SAMYANG CHEESE bakal menjadi pilihan hati. 
Boleh dapatkan samyang cheese ni kat instagram @mina.mimpimika & @nadhrinaskincare okay?

Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

5 comments:

Mazni Munawar said...

wuu tinggal satu sem je lagi, nak habis dah :D
all the best final ye kak zati!

N Nina said...

Good luck final.
semoga semua nya dipermudahkan :)

Puteri said...

semua students terseksa time week 14 ke cane? hahahaha saya pun stress gila bila week 14

Anonymous said...

Good luck akak, chaiyokk 🔥🔥🔥

Aisyah Az said...

all the best sis... chaiyok!