HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Thursday, July 28, 2016

Food review | Nasi Ambeng Menu Warisan Jawa

Assalamualaikum w.b.t

Actually , aku pun tak tahu kenapa aku harus update story pasal Nasi Ambeng ni sekarang ( aku lapaaarrrrr niii ) , nyosal sikit pun hado. Tapi sebab dah terbukak blog ni, update ajelahhh.


Menyelerakan betul sebab banyak sangat lauk pauk. Mengalir air mata jap... bila lahh aku nak dapat merasa makanan sebanyak ini. Aku dah lama teringin nak makan nasi ambeng ni, tapi sebab aku ni bukan food hunter and takde pulak kengkawan aku ada pergi makan cari nasi ambeng nih. Yang ade kedai kedai hipster makanan yang pelik-pelik baru nak up. Makanan tradisional jugak yang paling sedap tau. 

Dulu masa stay kat kuantan , feveret aku Nasi Kerabu. Perghhhh dia tak payah cakap lah wehhh. Bayangkan lah orang pantai timur ni mostly mesti pandai buat nasi kerabu. Bila pergi tempat lain mesti ade yang tak sedap lah, takde feel lahh , tawar lah. Macam macam mulut ni nak komplen.

Balik kepada nasi ambeng punya story. Setahun dua lepas ada niat nak try buat nasi ambeng sendiri ( walhal tak pernah makan pun nasi ambeng ni macam mana rasa dia ) , google resipi and gambar.. "Perghhh banyak nyaa bahan nak kena sediakan." Bukan setakat bahan je, banyak jugak kerja nak kena buat kalau nak masak nasi ambeng ni. Bermula dari situ lah, impian hanya tinggal impian. Burung burung berkicauan terbang balik Johor. Eh?


Tadaaaaa.... Nasi Ambeng yang aku beli masa bulan puasa haritu. RM 5 jer tau.

Maka, perkenalan kami pun bermula di bazaar ramadhan yang ada jual dalam uitm lendu tu. Aku nampak satu stall (stall eh orang panggil?) kecik yang jual nasi ambeng. Dari jauh aku da pandang-pandang pacek macek tu jual. Macam nak datang dekat , pastu pacek tu pun panggil la suruh beli. Dan aku pun mendekatkan diri.

Pot pet pot pet pacek tu bercerita ape tah aku lupa sambil macek bungkuskan aku satu bungkus nasi ambeng. Aku cakap la ni first time aku makan nasi ambeng , so aku nak try. Pastu pacek tu cakap , "Haa cuba la. Kalau sedap besok datang lagi. Tak sedap bagi tau dia." Maka besoknya aku pun datang lagi sebab memangggg sedapppppp. Terliur nih.

Walaupun nasi ambeng nya simple tak macam gambar yang aku google dulu-dulu , tapi sedap dia kemain lagi sehh. Aku siap update kat twitter bagi komen bagai , memang sedap nak suruh kengkawan pi try nasi ambeng pacek tu. Ayam masak kicap dia memang sedap. Pulak nasi ambeng ni memang pakej dia banyak bila gaul kan semua , boleh buat perut aku kenyang , lagi lah aku sukaaa. Terngiang-ngiang kesedapan nasi ambeng pacek macek tu.

HOSPITAL MELAKA

Last week bulan Ramadhan bapak aku masuk hospital , so satu keluarga berbuka kat sana je lah. Ada sekali pergi beli makanan kat kaki lima hospital tu , mini bazaar la. Aku ternampak la nasi ambeng, tapi dia punya lauk pauk tu berbeza dengan pacek yang jual kat bazaar lendu. So, aku tanya la.. "Kenapa nasi ambeng yang ni lain ek? Ade terung la. Sebelum ni makan nasi ambeng takde terung." Pastu orang yang jual tu pun citer la cenggini cenggini , lain tempat lain resipi. Area Johor tu macam macam jenis jawa ade. So, aku pun anggukan aje.

Masa berbuka pun aku try la makan , rasa dia so-so. Tak sesedap pacek lendu tu buat. Ahhhh rindu nak makan nasi ambeng. Mana nak cari area Melaka nihhh? Kat tempat korang ada kedai yang jual nasi ambeng yang sedap tak? Mohon share. Mana lah tahu satu hari nanti aku jejakkan kaki kat tempat korang ke..boleh la pi try.

Takpun , gegurls yang Johorean jawa tu yang mana pandai buat nasi ambeng ni sila pm tepi , nak buat calon adik ipar. Hehehe. Gurau jer.

Okay, sekian sahaja cerita aku dengan nasi ambeng.
Thanks for reading. Byeee.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Sunday, July 24, 2016

Tips kurus dengan gaya lebih sihat

Assalamualaikum w.b.t

Azam cuti semester kali nih wa nak loose weight sikit lahh. Nak healthy life pada masa yang sama nak cari balik metabolism badan yang dah bertahun menghilang , sudah lupus barangkali. Dah meningkat umur ni, badan pun tak kuat tulang pun sama. Esyyyy baru doploh-an wek malu kat atok je yang masih kerja kuat kat kampung tu. Hahaha.

Style aku , nak loose weight kena mula dari aktiviti yang sihat, tak nak ah makan pil itu ini semata-mata nak kurus. Takde effort langsung sebab hanya makan pil , dah la pil tu mengambil masa bertahun-tahun baru lupus dalam body. So, nak kurus dengan sihat, kena amalkan gaya hidup sihat. Berjoging or bersenam ke...kan? Aku harap kalau ada orang sekeliling korang yang nak kurus, support lah ek, sebab mulut rakyat Malaysia nih boleh tahan jugak kuat mengata. Elok orang tu dah ada determination yang tinggi untuk berubah, terus tak jadi sebab mulut-mulut orang yang cenggini lah.

Okay sudah.

Sekarang nih skinny teatox memang dah jadi trendy things minuman wajib yang kita patut ada. Kan?? Ke still ramai lagi yang tak aware pasal skinny teatox nih? Tak aware sebab korang semua nih memang dah kurus sejak azali. Jeles pulak gua dengar. Hmmphhhh , takpelah. Jom support sis.

Tadaaaaa...

Teatox ni gabungan dari tea + detox. Teatox ni bagus untuk body sebabnya ia membantu body kita ni untuk buang segala toksin yang berlebihan dalam badan setiap hari. Ye awak, toksin ni sentiasa terhasil dalam badan dan sebab tu lah kita kena buang selalu. Cara nak buang boleh berlaku dalam bentuk buang air besar, air kecil atau pun sistem perkumuhan yang lain macam peluh.

Haritu aku start minum pertengahan bulan puasa , masa tu dah start final. Tu pun kadang-kadang je aku minum , lepas je bulan puasa aku lost 5kg ( aku minum dalam 5-6 sachet ) dalam masa dua minggu. Tak terkejut?? Takpe , kita sambung cerita lagi. Bulan puasa aku makan cam biasa jugak , berbuka nasi , sahur pun nasi. 

Raya macam biasa , walaupun aku duduk je kat rumah, makan tetap makan. Balik rumah timbang , satu jarum pun takde goyang tau. Still maintain tak naik. Yang ni kalau korang tak terkejut aku tak tahu nak cakap ape dahh. Sebab kebanyakannya ramai yang lepas raya akan naik berat badan. Tapi kes aku..aku relax.. hahaha. Aku lost 5kg pun, tu semua toksin-toksin berlebihan je tu. Physically aku tak rasa pun macam seluar kecik dah boleh sarung ke , tapi seluar yang pakai sedia ada memang dah longgar.


Simple nya, skinny teatox by mimpika nih ada 3 jenis
- Loose weight teatox fokus pada kecilkan bahagian lengan dan kempiskan perut
- Skinny Legstea fokus pada kecilkan peha dan pinggul
- Whitening teatox fokus pada cerahkan kulit dan kecutkan jerawat

Ada banyak lagi benefits dalam each teatox nih , korang boleh rujuk instagram @coffeescrub_bynadhrina ataupun @mina.mimpimika. One of certified agent teatox by mimpimika nih. Beli dua pack ke atas dah boleh dapat free gift hokayy.

For your information , teatox by mimpimika ni 100% ingredients dia dari bahan organik. Takde bahan kimia bahkan pewarna tiruan yang digunakan dalam teatox dorang nih. Bila minum rasa pun organik gak ahh, takde manis manis nya. Minuman minuman sihat kan memang cenggitu , ingat minum air ber-gas tu korang boleh lost weight ke? Idok ler kan?


Apa yang best sangat pasal skinny teatox by mimpimika nih?

Jujurnya, sepanjang aku consume teatox nih, aku dapat lost some weight, body tak cepat penat walaupun aku dah ke hulu ke hilir ke kampung hulu ke bandar hilir , takde rasa nak pengsan tahap exhausted tah pape. Relax je.

Lagi , selalunya lepas subuh kerja aku terjun katil sambung tidur sampai kol 12 ( ape punya anak dara lah kan? hahahah ) , tapi lepas consume teatox nih lepas subuh je aku rasa segar takde rasa nak sambung tidur langsung. Kita terus sambung cuci pinggan sediakan breakfast untuk family je lahh.

Personally, sebab aku rasa badan aku ni memang banyak toksin sangat-sangat, so bila da buang guna skinny teatox tu, sebab tu body aku da tak rasa penat or mengantuk tahap ape. Kalau dulu, tidur 12 jam pun tak pernah cukup oi.

Last , kau boleh makan macam biasa. Tak perlu diet pagi roti, tengah hari nasi satu senduk, malam biskut. No need lahh. Tapi kalau ikut style nih , boleh lost 4-5kg je. If korang exercise jaga makan + diet , inshaaAllah 9-10kg boleh lost dalam masa sebulan. Wowwww kan??

Short FAQ here ;

Macam mana nak tahu body kita perlukan teatox atau tak?
Senang je , bila dulunya kulit muka or badan kau licin , tapi dah start naik jerawat jeragat yang tah dari mana muncul , tu sebab toksin berlebihan la tu. Bila dia tak dapat keluar dari sistem perkumuhan korang, dia keluar la dengan memunculkan diri kat bahagian muka or badan dalam bentuk jerawat.

Lagi? Badan tu asyik rasa lenguh-lenguh je. Selalu lembik, susah nak tidur, rasa tak bermaya nak buat kerja itu ini. Tu sebab ade problem dalam body. Mungkin sekarang tak nampak lagi keburukan toksin berlebihan di dalam badan, tapi kan bagus kalau kita mencegah daripada mengubati. Dah sakit nanti siapa yang susah?

Ada side effects tak?
Takde side effect langsung. Teatox nih 100% dari bahan organik , tiada bahan chemical mahupun pewarna tiruan. Once kita da lost weight , berat susah sikit nak naik (walaupun kita dah stop consume teatox).

Rasa tea dia macam mana?
Loose weight ni takde rasa apa-apa , just bau bunga wangi sahaja , nak sedap letak madu.
Legstea ni rasa macam pahit serai , nak sedap letak lemon.
Whitening ni rasa masam roselle + blueberry , nak sedap tambah madu.

Bila waktu terbaik untuk minum?
Sebelum breakfast dan dua jam sebelum tidur.

Macam mana nak guna?
Rendam dalam air panas 3-5 minit , da suam suam panas tu da boleh minum.

1 pack ada berapa sachet?
Satu pack ade 10 sachet , each sachet boleh reuse sekali sahaja. Guna pagi dan malam pastu besoknya guna sachet baharu tau. Tahan 10 hari.

Siapa je yang boleh minum?
Semua orang boleh minum termasuk breastfreeding mommy , jangan risau sebab owner mimpimika pun ada baby tau. Susu tak kurang pun dari badan. Yang tak bolehnya hanya ibu-ibu yang mengandung.

Pantang larang?
Please avoid air-air manis macam air bikarbonat , air bergula , air ais. Dan , avoid air ber-kafein dalam kadar semampu yang boleh. InshaaAllah ianya akan berkesan dan hasil dia boleh nampak less than two weeks guysss. Baca tak ni?? Satu lagi, banyakkan minum air masak, letak dalam botol yang mudah dibawa kemana-mana sahaja okay?

p/s : Lain jenama, lain tau khasiatnya sebab bahan-bahan yang digunakan tidak sama. Kepada mommy kat luar sana, teatox jenama lain tak sesuai untuk mommy yang breastfeeding , tapi teatox by mimpimika nih mommy breastfeeding friendly tau. So, no worries okay?

Testimoni


Nak details dan feedback lagi? Check out instagram @coffeescrub_bynadhrina ataupun @mina.mimpimika okay? Nak terus whatsapp pun boleh 013 472 0115 !!

"Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih." Nak lagi cepat lost weight , sambil minum teatox kita exercise lah sekali , okay?

That's all. Okay bye.

keyword : tips nak kurus , kurus dengan sihat , saya nak kurus , saya nak sihat , jom sihat


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Saturday, July 23, 2016

The scenery

Assalamualaikum w.b.t

Saje nak share views yang kebetulan aku nampak. Subhanallah. Always fall in love dengan kecantikan dan keindahan alam semula jadi. Ni kalau aku jadi traveler , mesti beribu gambar aku share kat sini. Hahaha , memandangkan aku ni jenis suka duduk rumah je, so ade beberapa je lah ye.


Ni gambar pemandangan awan dari side view kolej Tun Sabariah. Aku memang pantang nampak awan banyak-banyak kat langit nih. Suka tenung layan cantiknya awan nih. Pastu pemikiran akan ke laut.. Mula lah terbayang pasal Goku punya awan dalam citer Dragon Ball.. Pastu bayang lagi kalau aku ade kawan macam Doraemon , ni mesti aku boleh ajak adik adik and kawan aku yang lain main kat atas awan. Perghhh best nyaaaa.

Tu lahh cara nya bila aku nak hilangkan stress. Aku bukannya jenis kaki keluar hilangkan stress dengan pergi food hunting, layan movies, joli sana sini. Bukan gaya hidup aku. Biarlah aku dengan cara aku, tidak membazir dan duduk lah dalam bilik layan korean drama sambil makan megi ke.. snack apollo ke. Huahuahuaha


Pada satu malam study week tu, langit kat Lendu cenggini haaa. Seram pun ade jugak sebab awan gelap mengelilingi bumi Lendu. Masa ni roommate balik, aku sorang je kat bilik dengan beberapa orang housemate lain (yang anti-sosial macam aku gak, haha).

Tapi cantik kan?


Seriously pemandangan yang ni antara best of the best aku pernah tengok. Kiri kanan pokok kaler hijau yang rendang-rendang. Cantek gilaaaa. 

Gambar ni adik aku yang amik, aku paksa dia amikkan lawa-lawa sebab masa ni aku tengah drive nak balik Melaka. First discover masa nak balik kampung , kiteowang ikut jalan dalam sepanjang Bidor ke Simpang Pulai (apps cakap ade jammed or accident area highway Tapah kot). Nak balik Melaka pun ikut jalan sini jugak. Suka sangat tengok. Rasa cam nak jenjalan tepi kaki jalan tu, tapi cam sunyi jerr. Hahaha. Alhamdulillah , negeri Perak masih kaya dengan pokok-pokok hijau.

Bayangkan lah kalau negara kita ni negara bermusim , tak ke cantik pokok-pokok ni bila tiba musim autumn? Kaler kuning kuning kot. Perghhhh.

Okay, itu saja perkongsian untuk kali ini. Sorry lah kalau bosan. Sis masih cuba untuk update blog setiap hari. Besok Ahad.. inshaaAllah nak blogwalking.
Okay bye. Thanks for reading.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Friday, July 22, 2016

The freedom and struggle is real

Assalamualaikum w.b.t

FREEDOM


21 Julai 2016 | 10.23PM

Hai hai semua. Ada rindu ka? Saya pun ada rindu sama adik manis la. Lama sangat tak blogging sampai awkward tak tahu nak tulis apa dah ni. Hehehe. "How's your paper?", soalan kepada diri sendiri. Not well prepared and banyak sangat main banyak sangat tidor. Tak tahu lah kenapa dengan diri nih. Habes paper je memang rasa nak terbang lahh sebab dah hilang stress semua tu bagai. Tapi malam tu cheq saket kepala bagai nak rak laaaaa. Tak tidur pun sebab nak settle hal business kecik kecik ni. Hehee

Batchmates lain kemain tauu , dorang lepas habes paper pergi sambung beraya la, rumah sana sini kutip duit raya lagi. Siap jenjalan sampai ke Kota Singa. Aku je yang mereput kat rumah. Aku kan anti-social. Wahahaha.

Tapi cuti sem ni nak cari satu aktiviti yang seronok seronok sendiri untuk release tension jugak lah memandangkan Melaka ni takdok tempat mandi semula jadi cam kat Tapah duluu.. Gilaaaa rindu nak mandi Lata Kinjang, Hotspring and Kuala Woh dulu. Penattttttt

Sambung 22 Julai 2016 | 2:07PM

So, apa nak buat cuti sem nih? My plan , buat duit dengan kerja sendiri. Rumah aku nih memang jauh dari pusat bandar dan aku nih bukan lah jenis yang rajin nak pergi tanya , "Ade kerja kosong tak? Ade kerja kosong tak?" , aku nih pemalu lahh. Kalau ade geng memang aku takde hal nak kerja. Lagi? Pergi kerja naik kereta adalah satu benda yang merugikan since aku takde lesen motor, duit habis kat minyak. Takde hal kalau nak rempuh jugak naik motor, tapi.. malang tidak berbau, silap haribulan ade road block. Hmmm, menangis nak membayor saman. Cakap je lah ko tak nak kerja, tak payah banyak alasan lah zati oi.

STRUGGLE


Next, nak sambung joging balik , hehhehe. Tak tau lagi bila nak start. Kita tengok lah macam mana. Sekarang punya determination dah tak sama macam dulu , mungkin sebab faktor usia yang dah makin meningkat? Hmmm.

Lastly, nak active blogging dan blogwalking macam dulu. Peluang ni ada masa cuti sem aje lah kan, bila da masuk sem baru memang aku tak bukak dah blog ni. Kenapa hahhh? Tahu tak kenapa? 

p/s : Nanti nak create satu instagram khas untuk blogging purpose. Nanti kita announce nama account tu , kengkawan bloggers jangan segan segan follow okay? Hehehe.

Last but not least, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin ye semua. Tahun ni tak sambut raya sangat , melekat kat rumah je and kali ni ramai tetamu datang rumah tengok abah. Gambar raya tu ade , tapi tak nak post sebab gemokkk. Hahahaha, tu yang nak exercise tu. Hahaha

Happy blogging and blogwalking everyone. 
Welcome back to me.
Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Friday, July 8, 2016

TOP Favourite Lagu Raya


Assalamualaikum w.b.t

Bila dah tiba musim raya ni , siapa yang tak suka dengar lagu raya woi. Aku minat lagu-lagu raya yang lama je. Perghhhh feeling dia tu tak payah cakap la. Setakat ni aku tak feveret lagu raya yang baru. Lagu raya ni , kalau nak best , elemen tradisional tu kena kuat. Maksud aku , gunakan alat muzik macam gendang , rebana , kompang , angklung , gong , seruling ataupun yang lain-lain sama waktu dengannya.

Barulah best , ni guna gitar , drum.. takde feeling lahh!

Jenis aku , suka dengar lagu raya yang macam kat bawah ni. Tak de yang sedih-sedih. Aku tak suka dengar lagu raya yang sedih-sedih. Hahahah.



Bonus

Puasa Dulu Baru Raya // Raihan
Raya // Jalil Hamid
Diari Ramadhan Rafique
Harapan Ramadhan // Raihan & Man Bai *feveret lagu bila tibanya Ramadhan.

credit google.com/image

Apa lagu kegemaran korang bila tiba musim raya ni? Do share.
Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.