HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Saturday, November 26, 2016

Movie Review | Rock Bro

Assalamualaikum w.b.t

Hoyeahhh movie review kembali lagi!! Walaupun aku agak ketinggalan untuk update sharing moment layan Rock Bro nih, tapi takpelahh. Nak share jugak lah kan. Layan cerita nih dengan family last Sabtu , 19 November. Satu family pergi MP , layan kat Lotus. Actually, ofcourse lah sebolehnya nak pergi GSC, tapi ada sebab-sebab tertentu, kami pergi layan kat Lotus jugak. Masa tu bapak aku still tak boleh jalan lagi, so pusing MP naik wheel chair je lah. Service from Lotus bagi aku bagus lah untuk kemudahan penonton OKU yang nak layan movie kan. "Sakit sakit pun nak keluar jugak lah kan!" , yelah. Takkan nak duduk rumah aje, bosan kot.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Friday, November 11, 2016

'Degree Life' | Diari Seorang Student Accountancy


| View Lendu bila malam sebelumnya hujan. Pagi tu sejuk. Best |

Assalamualaikum w.b.t

Hai gaiss. Ada rindu sama adek manes tak? Huahahaha. Dah lama tak update blog sebab... aku makin busy dengan degree life. Serius. Walaupun aku ade jer masa untuk layan laptop berjam-jam. Tapi, bila pikir nak kena update blog. Hmmmm... citer ape je nak share? Hidup aku hari hari benda yang sama. Bangun tidor, subuh, mandi, pergi kelas, mengadap muka ain, mengadap muka classmates, mengadap lecturer, habes kelas balik makan. Pastu rehat sebab penat. Malam kena study takpun buat homework sikit. First 4 weeks mungkin lah boleh relax sikit, selalu balik rumah semua. Tapi bila dah nak dekat dengan tarikh test, kena lah pulun sakan study. Start minggu 6 ke atas, every week kau akan ade test and kuiz. Markah tu la kau nak bawak sampai final, markah tu la yang bantu untuk support pointer kau. Dulu masa diploma mana aku fikir tu semua.

Tapi bila dah atas meja, nak settlekan satu soalan je pun makan masa berjam-jam. Ehh kau ingat senang ke kos akaun nihh? Haritu member share cerita.. baru-baru ni kan minggu Konvokesyen UiTM , lecturer yang ajar budak degree sayu je hati sebab budak akaun takde sorang pun yang ANC ( Anugerah Naib Canselor ) , memang susah nak jumpa budak degree yang dapat ANC. Dekan every sem, pointer 3.5 ke atas every sem. Aku? Dah tergelincir sem lepas. Hmmmm sedih gilaaa a.k.a keciwa. Okay takpelah. Bukan rezeki.

Sambung balik cerita pasal konvo degree haritu.. Nak dijadikan cerita, budak accountancy ni konvo sekali dengan budak AD ( Art & Design ). Budak AD nih ramai jer dapat ANC , so bila yang ANC ni naik atas pentas, lecturer pun tumpang happy lah banyak student dorang ANC kan, pakai selempang pink. Alhamdulillah dan tahniah. Lecturer account senyap je sebab takde budak akaun yang dapat ANC kat Lendu ni. Dah lamaaa tak jumpa batch yang student dapat ANC. Lepastu lecturer AD tanya lah lecturer account , "Susah ker account ni?". Tak pasti lah nada dia macam mana kan, tapi.. kalau suara semanja Fasha Sandha or Nora Danish yang tanya soalan macam ni pun aku terasa macam..... haihhhh. Agak laaa..

Tak payah tanya la akaun nih susah dia macam mana kalau nak compare dengan kos lain. Bak kata madam aku masa diploma dulu..

"Apa yang u ols belajar sekarang ni ibarat baru kuis kaki kat pasir pantai... baru nak main-main air je.. belum masuk mandi lagi. Belum main air pantai lagi, belum menyelam lagi, belum tengok batu karang or tengok ikan kat dalam laut tu lagi." - Bila ingat balik bait bait nih. Kiteowang memang rasa seram.

Yeahhh.. mulanya bila dah amik bidang akaun ni ingatkan kita akan belajar akaun je. But no bebehhh. Aku rasa, bidang akaun lah yang korang kena belajar banyak benda. Kat situ lah kau kena belajar Law ( undang-undang / basic jer... tapi basic pun subjek membaca kot??? Serius susah!! ) , belajar lagi english learning buat surat rasmi semua, artikel bagai, Tax ( cukai ), Audit.. Arabic/Mandarin ( 3rd language ).. programming.. entrepreneurship, management memang banyak lah compare to other courses.

See? Skop akaun memang luas, sebab tu skop kerja pun luas. Tak semestinya belajar akaun, kau akan jadi akauntan. Banyak lagi kerja lain yang relate dengan accounts ni. Hehehe Kalau setakat baru sekolah tingkatan 4 dulu pun aku kial-kial sikit nak exam akaun...huishhh ape kan lagi diploma, degree, master semua tuh. Tapi Alhamdulillah, diploma dah lepas. Sekarang nih tengah kayuh basikal lagi untuk sampai ke destinasi. Jangan berhenti, teruskan mengayuh. Jatuh? Bangkit semula dan teruskan mengayuh.

| Muka-muka susah senang bersama, muka muka struggle demi masa depan yang lebih cerah dan baik. |

| Partner paling annoying yang pernah aku ada sebab dia ni degil & jahat kekeke |

p/s : Takde niat nak rendahkan mana-mana courses, semua ada kelebihan masing-masing. Aku pun boleh respect budak AD punya skills, sebab aku pun minat dengan graphic design ni bagai ( cantik kan aku design blog aku?) . Aku suka edit gambar, aku suka melukis tapi aku takde bakat. Aku boleh melukis tapi skills tak pernah tajam sebab tak pernah diasah. Teringin nak belajar bidang art&design, hospitality ( aku suka share resipi kek & resipi style bujang , resipi peti ais kosong campur tabur )... tu semua benda yang aku minat. Aku pernah mohon courses ni masa diploma dulu tau ( andai takde rezeki untuk sambung akaun ). Tapi rezeki yang aku dapat adalah untuk belajar akaun, Alhamdulillah. Yang penting jangan compare course yang kita ambil dengan course yang orang lain amik. Masing-masing ada pendapat dan pandangan sendiri. Kita hormat pilihan orang lain okay?

Bak kata madam, "Tak pandai takpe, sekarang ni kalau u ols hardworking, konfem nampak hasil." Nak skor and to get a better life, you need to work harder. Walau macam mana pun, pointer bukan lah segala-galanya. Pengalaman yang mengajar kita pahit manis hidup. Acewaahhh.. Takmo lah bila dah pandai tu, salah gunakan kepandaian dengan buat benda yang tak elok, langgar undang-undang dan perintah Allah S.W.T pulak ye. Sentiasa lah ingat mati, inshaaALLAH kita takkan sesekali berani nak buat benda jahat. Peringatan buat diri sendiri jugak!

Ok lah bye. I is stress. Doakan kami semua grad on time (2018) and dapat amalkan ilmu dan sijil yang ada untuk membantu diri sendiri, keluarga, masyarakat,bangsa dan negara tercinta. Aaaminnn.

Doakan kami tau. Bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.