HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Saturday, January 28, 2017

The Saddest Song of Korean Drama OST

Assalamualaikum w.b.t

Apa lagi nak buat bila dah start cuti sem ni kalau tak melayan korean drama kan? Dulu boleh la time belajar pun layan kdrama, tapi aku dah kurangkan aktiviti tu sikit. Cuti last sem lagi lah bosan sebab takde kdrama best yang nak layan. Tapi kali ni dah ada!! Yeayyy. Aku dah habes Cheese In The Trap & Goblin. 

Cerita Cheese In The Trap tu best... antara kdrama yang aku tak skip semata-mata untuk layan scene hero dan heroin. Kalau skip mesti tak paham jalan cerita, tapi best. Cuma ending tu memang spoil. Sebab masa tu actor dengan director ada konflik. Huhu. Tapi best la, yang belum layan boleh try. Boleh jugak nak try baca webtoon story ni LINK .

Goblin. Guardian : The Lonely and... Keseluruhannya cerita tu best. Aku suka!! Tapi.. ceritanya sedih. Hmmm ntah lah. Pokoknya aku sedih dengan kisah hidup Goblin & Euntak yang tak berapa nak happy ending. Sedih laaaa... Ni yang aku malas nak layan cerita sedih sedih, susah nak move on. Tapi sebab aku suka hero dan heroinnya... sebab tu aku layan jugak!!

Okay lah. Balik pada tajuk, aku nak share beberapa lagu OST ( Original Sound Track ) korean drama yang memang sedih & sedap bagi aku. Bila baca lirik dia..perghhh lagi lah mengusik jiwa. Huhuhu, tak overreact okay!!



Drama : Goblin , Guardian : The Lonely and ...
OST : I'll Go To You Like The First Snow // Ailee - Link

Bila kau dah habes layan cerita ni, pastu baca balik lirik lagu ni , memang berlinang air mata. Sedih. Serius sedih! Tak tahu nak describe macam mana.. tapi try lah dengar + kena layan drama dia jugak. Hehehehe... Nak tahu sedih tu macam mana kena la layan sendiri.


Drama : Brilliant Legacy
OST : Love is Punishment // K.Will - Link

Personally, cerita dia aku tak minat sangat. Lirik lagu mungkin sedih bagi yang fans kdrama ni. Tapi, bagi aku lagu ni sedih sebab cara penyampaian K.Will untuk lagu ni. Walaupun mulanya aku memang tak faham sangat bahasa korea ( sekitar 2009, 2010 aku layan lagu ni and decide untuk download ) ... tapi penyanyi ni buat aku rasa sedih dengan lagu ni. Hahahah, feeling tak kau? Hahaha


Drama : Kill Me Heal Me
OST : Hallucinations // Jang Jaein ft NaShow - Link

Aku memang suka cerita ni, antara yang best dalam top list aku. Mulanya aku tak faham episode 1 dia... pastu aku stop dulu. Then, bila baca banyak reviews cakap citer ni memang best best best. Pastu aku sambung la try jugak untuk layan. Memang tak rugi sebab karakter hero memang unik. Ada masalah split personality. Lagu dia pun fit dengan drama, bahagian rap tu memang menusuk!!


Drama : Heartstrings
OST : Even if it's not necessary // Lee Hongki (FT.Island) - Link
You Don't Know // M.Signal - Link
Because I Miss You // Yonghwa (CNBlue) - Link

Cerita ni best bila start episode 7 dan ke atas sahaja. Heheehe. Semua OST dalam cerita ni best, tapi sebab nak sesuaikan dengan tema 'saddest song' , makanya tiga lagu ni menjadi pilihan.


Drama : Beethoven Virus
OST : Can You Hear Me // Kim Taeyeon (SNSD) - Link

Okay, sekian sahaja perkongsian. Bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

4 comments:

faten.banana said...

Goblin punya OSTs banyaaaaaaak yang best ._.

atheera dayana said...

OST Brilliant Legacy memang sedih. Dulu tgk cite tu smpi meleleh air mata. Haha

http://atheeradayana.com/

tiga lalat said...

layannns., ;p

Ayuni Sara said...

ha'ah..mmg best2 lagu-lagu ni. layan jugak lagu2 korea ni.. tp x penh dgr lagi lagu Taeyeon dlm bethoven virus dgn lgu k.will tu...nt nk try ah...