HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Tuesday, July 25, 2017

End of Semester 6 | Well done

Assalamualaikum w.b.t

Penat jugak nak habeskan sem 6 ni woi. Mostly untuk sem kali ni, banyak teori paper. Faham ajelah bila kau jenis bukan otak membaca ni, take time sangat ilmu tu nak masuk kepala. Before ni kau main kalkulator aje, tapi sem ni semuaaaaa kena hafal! hafal! hafal!

Sem 8 lagi lah, semua TEORI. Hello in advance gitteww.

*muka tahan bau busuk kandang lembu* hehe

Gambar kat atas ni masa kiteowang buat group project zakat pasal livestock. Buat research sikit pasal pengetahuan penternak/pengembala lembu and kambing ni pasal ilmu pembayaran zakat. Seronok jugak lah walaupun penat gilaaaa nak cari orang yang boleh bagi kerjasama dengan kita kan. Terima kasih yang tak terhingga sebab sudi bantu kiteowang. Sir pun macam suka aje dengan report and presentation group kiteowang. Thank you sir.


Last week saja nak release kan kengkonon tension tu  dengan berbasikal dekat Taman Botanikal Ayer Keroh. PERGHHHHHH SEPARUH NYAWA nak mengayuh basikal turun naik bukit. Hahahah. Sebelum ni kalau berbasikal kat Lendu pun okay aje, sebab takde la banyak bukit nak kena lalu. Tapi sebab kiteowang ni dah taktahu nak buat apa kat Melaka ni. So, konon nak beriadah la. Lenjun jugak la. Penat tu toksah citer la, sebab kiteowang ni memang 'kadang-kadang' sangat nak beriadah tiap-tiap petang. Heeeee


Majlis jamuan raya Lendu with roommate and classmate. Paling annoying dua orang ni lah. Terima kasih sebab sudi jadi roommate aku since part 3, terima kasih sudi jadi classmate ke hulu ke hilir since part 3. I dont know how to show or express myself how grateful i am towards you guys, but i hope you know that.. deep in my heart, both of you ARE ANNOYING. #lovehaterelationship

Take care of yourself, jumpa next year or... datang tempat intern gue.. kita jenjalan.

"Well done" - I know i didn't do my very best for this semester. There were some part that im still lacking, because im playing too much. Not concentrate enough. Poor performance but still... i want to appreciate myself by self-praising. Ahakssss. Tak sabar nak habis belajar.  Peace.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.