HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Tuesday, December 19, 2017

Foodhunting | Part 1: Gombak & Wangsa Maju area

Assalamualaikum w.b.t


Long time no see. Im sorry for not keep updating my blog/stories.

Chihuahuaa~ Aku busy dengan intern life bro. Kau rasa? Aku ada masa untuk semua ni? *im joking* Ada je masa, tapi aku malas. Tanpa mukadimah kenapa mengapa aku dah lama tak update, kita straightforward je lah. Nanti aku update story benda-benda yang lepas bila aku rajin nanti okay?

So, pada Sabtu (16 Dec) yang lepas, aku dengan dua orang lagi member memulakan foodhunting viral kami, which hanya meliputi kawasan Wangsa Maju ke Gombak. Kita mula dengan yang ringan ringan dulu. Tak nak try heavy food lagi. First stop?




Aiskrim cheese cake | RM 2.90++
Location: Family Mart, Wangsa Maju


Masa tu, yang avail green tea dan cheese cake ice cream sahaja. Since aku bukan lah penggemar green tea, makanya aku try cheese cake flavour. Sedap and memang okay-okay perisa cheese cake dia, not to sweet or cheesy. Tapi mesti lagi best kalau ada cheese cake dalam tu kan? Satisfied.

Big Cup 2 Flavor | RM 5
Stadium Selayang a.k.a MPS


Punya lah pusing pusing area stadium nak cari air big cup yang ada dua flavor ni. Rupanya depan mata je noks. Hahahah. Okay apa yang best? Dua flavor, murah, lemak cukup, ice cream on top. Mana nak dapat weh? Yang kiri tu vanilla, yang kanan red tea.

Somtam | RM 6
Selayang Mall


Somtam ni memang feveret aku weh. Kalau korang followers a.k.a readers tegar blog aku, konfem tau aku ni somtam lover. Heheeh. Kurangnya takde kangkung fresh kat somtam aku ni. Tapi rasa dia sedap + pedas sikit. Kawan aku yang lain order kerabu megi (sedapppppp) and bihun tomyam, sedap wehhh.

Nasi Goreng Kampung + Chicken Alkiev | RM 20++
Murni's Cafe, Kepong


Since aku lapaq nasi masa tu, makanya aku order nasi goreng lah. Nasi goreng kampung sedap, chicken alkiev sedikit mengecewakan sebab overcooked. Murni's cafe ni kedai mamak hipster la pada pandangan aku. Portion makanan banyak and konfem kenyang.

Apa lagi yang sedap? Kawan aku order Burger Beckham. Wehh yang serius sedap!!! Dia macam murtabak yang fills with telur, tuna macam tu lah. Kuah dal, kari and apetah satu lagi. Satu lagi, mee raja black pepper pun power nokss. Chicken wings taste dia so-so. Recommended!!

Ais krim kelapa | RM 5
Bai Krapraw Seafood


Mungkin aku bukan penggemar aiskrim kelapa... so bagi aku, ianya biasa biasa sahaja. Tapi yang bestnya, dalam aiskrim tu ada roti. Part ni best!! Dia dihidangkan sekali dengan pulut hijau, tapi kalau korang tak suka pulut, boleh request taknak pulut, extra roti. Haa gittewww. Kawan aku cakap, aiskrim kelapa sini lagi sedap dari sangkaya. Somtam keropok lekor pun sedap tau. First time aku try somtam yang ada keropok lekor.

Oden Fishcake | RM 1.80 - RM 3++
Family Mart Wangsa Maju


Patah balik ke Family Mart, untuk try fish cake ni, kuah kiteowang pilih tomyam. Sedap. Family Mart Wangsa Maju ni ada dua tingkat, bahagian smoking area nih ada meja khas yang korang boleh tengok opposite side punya view. It was very nice, and feeling Korea betul walopun tak sejuk mana.

Taco's Hungry Bee | RM 1.80
ZatiManis's Restaurant, Wangsa Maju


Memang unplanned. Tak dok dalam list, tengah syok fefeeling Korea kat mart tu, member aku yang sorang lagi sempat scroll twitter. Kebetulan tacos ni lalu kat tl dia, and area situ situ je. Ha ape lagiii. Terjah lah. Perut aku da penuh kot (tapi boleh masuk lagi sikit) , sebab kawan aku ni memang layan tempat makan makan yang viral. Ikutkan ajer.. hahahaha

Believe it or not, semua ni total below RM 50 sahaja. Hahahahaha. Food hunting yang serba jimat, bukan yang mahal mahal tau. So, macam mana?? Ada yang pernah try antara list makanan yang aku provide kat atas ni? Actually, ada lagi dua tempat yang tak dapat pergi since tak bukak and dah habes. Sedih gilaaa.. ayam cheese gunting and donut panas viral gombak. Next time okay?

Alhamdulillah. Terima kasih.
End of foodhunting part 1.

Adios.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

6 comments:

Nur Zafirah said...

sedapnya tengok fishcake tu.Dah lama nk try sbb terpengaruh drama korea! hahahaha

Raydah said...

uwahhhhhh.. foodhunting betul ni. dah lama jugak x food hunting ni

Flavnesz said...

Eh.. Terliur pulak tengok makanan2 tu..

Izzati Amira said...

@Nur Zafirah Go go!! Try je kat mana mana Family Mart yg ade. Kuah tomyam tau!

amira faqihah said...

syoknyaa food hunting!,,kuah family mart tu mmg sedap,selalu hirup! hehe

Noorsha Muhamad said...

bestnyer.. sume nmpk sdp.. hehe