HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Monday, December 25, 2017

Hiking Experience | Go Go Bukit Saga!!

Assalamualaikum w.b.t

Well well well... I do have a lot of stories to share with you guys, gittewww. Tapi, kita citer satu-satu lah. Sekali harung nak letak dalam 1 entry, merecikkk nak menaip hahahah. 

So, kami berempat aje lah. Alia, Azrin, Adibah and aku.
Pro level yang konfem takkan penat, Alia and Azrin.
Amatur punya level khas untuk aku and Dibah. Hehehe. Pancit wehhh.

Last two weeks, on Sunday. Aku join kengkawan aku daki Bukit Saga. Fyi, aku bukan hikers, and baru nak jinak-jinak selami dunia hikers. Berdasarkan profile background aku, dah pernah try Bukit Larut and Bukit Nanas. Level level bukit aje aku ni. Gunung? Tak kot.... hahahaha. Why? Aku sesattt wehhhhhh. Nanti aku citer. 




Dulu masa Bukit Larut, naik atas memang seksa sebab jalan curam. Tapi Alhamdulillah masa nak turun tu ada orang tumpangkan kiteowang naik jeep, kebetulan masa tu dah nak hujan. Bersyukur sangat sangat lah waktu tu, tapi balik rumah 3 hari 3 malam aku merekot aje atas sofa. Hahahahaha. Bukit Nanas? A very short trip. Tak penat, tapi view cantik sebab jambatan jambatan pendek is so nice. 

Sedikit info:
1. Bukit Putih a.k.a AhPek Hill ni nama besar dia, dalam dia ada Bukit Saga area Taman Saga.
2. Bukit Saga ni area Ampang.
3. Ada dua entry gate untuk daki Bukit Saga ni.
4. Kiteowang pilih entry yang berdekatan dengan Rumah Pangsa Saga, Ampang.
5. Bukit Saga ni kena hati-hati jugak, kalau salah route...... masak lahhhhhh. (macam aku, heheh)


Jam 0700, dah gerak pickup Azrin semua then jumpa Alia kat Bukit Saga entrance aje. Berjalan dengan penuh keyakinan and bersemangat. Kurang 400 meter ketinggian? Cess, rendah aje. Bukit Larut tu 1,250 meter kot. InshaaAllah cepat sampai ni.

Antara event yang aku join and aku tak buat research sepenuhnya. Sedikit sesal jugak lah. Hahahaha

Entrance yang kami pilih untuk mulakan pendakian. Masa tengah warm up tu, auntie kat situ cakap dia nak termuntah sebab penat sangat. Hahahah. Dibah plak buat research sikit, total orang turun naik, 3 jam. So, kiteowang expect..perjalanan kiteowang ni jadi double, 6 jam. Hahaha

Lepas warm up and selfie, Bismillahirrahmanirrahim kami mulakan perjalanan. Curam? Yes. Penat? Yes. Physically, aku bukan orang yang kuat stamina. Memang tercungap-cungap, jantung berdegup kencang. Dibah pun sama, jalan sikit, rehat. Jalan sikit, rehat. Ni baru 15 minit pertama pendakian tau. Boleh agak la level stamina kiteowang macam mana kan? Hahaa

Disebabkan dibah banyak sangat stop and take time. Aku decide untuk gerak dulu. Alia and Azrin nak tunggu dibah. Wehh, selfish nya aku masa tu. Hahaaha. Bukan selfish weh, walaupun stamina aku ni low, aku punya eager untuk habes awal tu kuat + aku tak boleh rest lama-lama. Nanti aku lagi cepat penat. Aku banyak rest jugak, tapi rest aku untuk bagi nafas aku tenang je. Aku bernafas guna hidung + mulut. Tak bagus?? So what, aku penat kot.

Ada track A and B. Track A ni lebih adventure untuk sampai ke waterfall, Track B pulak lebih landai. Disebabkan budak-budak ni nak pilih Track A, aku pun gerak lah dulu. Menyesal? Yes. Hahahaha

Aku rasa ni la track aku sepanjang aku berseorangan dalam hutan tu. Seorang? Yes aku seorang. Aku tak slow sangat sangat and aku tak in fast pace condition. Aku tak boleh nak kejar orang, dorang ni laju kot. Ramai yang potong aku, end up aku berseorangan. Berani? Tak jugak. Kalau apa apa jadi macam mana? Aku bersyukur sangat takde pape yang terjadi, tapi aku berjaya survive sendiri tanpa apa-apa luka. Alhamdulillah.

Amaran keras, korang janganlah daki bukit sorang-sorang eventho Bukit Saga ni ramai yang datang mendaki.

Mulanya, aim aku nak daki bukit + nak tengok waterfall. Dah pukul 9 lebih still tak dengar bunyi air. Orang yang lalu lalang cakap, "Almost there! Almost there!!" Biggest lie ever!! Hahahaha. Harapan betul lah dorang ni. And aku masih dalam kesengsaraan untuk tengok waterfall. Tanya orang lagi, "Ada lagi 1 jam la nak sampai sana". Telan liur weh, 'Berapa lama lagi aku nak duduk dalam hutan nihhh????'. Akhirnya, jam 10 lebih aku dah jumpa air terjun. Sedikit kecewa sebab kecik je. And aku tak boleh nak mandi sama sebab aku sorang, and kat situ ramai laki. Hahaha

Serius aku penat gila masa nih. Sebab dah janji ngan member, aku akan tunggu kat air terjun. Nak dekat sejam aku tunggu punya tunggu, dorang still tak sampai sampai. Aku dah rasa dorang cheat ikut laluan lain. Hehehe Ikutkan hati, aku dah taknak teruskan pendakian lagi. Tapi, kalau tak daki, macam mana aku nak keluar? Hahaha. Jam 1100 aku start keluar dari waterfall. Tak larat nak tunggu dah. Aku lapar teruk!! Tak breakfast pun weh. Minum air je

Ada dua laluan untuk keluar, tak lalu jalan yang sama. Jalan A yang aku pilih, sebab Jalan B tu aku rasa ni konfem ikut jalan yang aku masuk tadi. Main rasa rasa weh... kau rasa tak apa aku rasa? Hahah

Aku teruskan perjalanan. Masa balik ni lagi la rasa seram banyak dari masa datang. Kiri kanan hutan tu ofkos la kan. Tapi sebab tak ramai orang yang aku selisih, benda tu jadi seram sikit. Maka, aku perbanyakkan bacaan ayat kursi and doa banyak-banyak lah takde pape yang terjadi kat aku. Nak selisih dengan orang lain tu, 30-45 minit baru jumpa orang tau.

Aku cakap dalam hati, selagi kau dalam hutan ni, kau takkan sesat sampai Thailand or Singapore. Hahahaha.

Gambar google

Dah rasa lain sikit bila aku banyak jumpa benda alah ni. Sebab kat sini banyak exit. Before ni aku ikut je pokok yang bertanda merah or perkataan 'EXIT SAGA', dia jadi mati akal bila aku tak jumpa perkataan EXIT SAGA tu. Sumpah wehh lama gilaaa aku dalam hutan tu. Siap jumpa tokong kecil cina, seram gak kalau ada benda lain melompat???? Sampai lah aku tengah berehat duduk atas tanah, ada chinese man tu tegur-tegur, pastu aku tanya la yang aku nak exit ke Saga, dia macam konpius??????

Last last, aku ikut aje belakang dia, dari gaya cerita, kiteowang ni menuju ke tempat yang sama. Ikut punya ikut sampai lah dah azan zohor. Still tak sampai sampai, katanya ada lagi 20 minit nak jumpa jalan keluar. Aku agak happy la. Tapi lepas 20 minit still tak sampai sampai. Aku kecewa. Dah lah pace dia laju nokharom. Aku da nak surrender kau tahu tak, aku nak biarkan dia jalan dulu. Tapi boleh pulak dia p tunggu aku??? Nak catch up tu dah la serius penat.

Akhirnyaaaa....jumpa jalan keluar. Tapi bukan jalan yang aku masuk tadi. Sadis? Tak jugak. Tapi aku bersyukur sebab aku dah keluar dari hutan tu. Aku da tak sanggup nak mendaki naik turun bukit lagi menuju ke jalan entrance tadi. Nasib lah aku bawak rm30. Aku amik grab menuju ke Taman Saga. Gigih kan? Hahahahaha mari gelak beramai-ramai

Ada banyak lagi story behind the scene, nak cerita details..ni pun aku rasa dah panjang gila. Cukuplah korang tahu apa yang aku rasa and alami. Hahaha.


So how? Enjoy tak pendakian ke Bukit Saga??? Honestly, aku rasa terok gilaa. Worst experience ever punya feeling lah masa tu!! Nak sumpah seranah pun ada. Memang terdetik "Lepas ni aku taknak daki bukit lagi dah!!!" Dah habes meroyan kat group wasap keluarga. Hakhakhak Sumpah aku takkan naik dah Bukit Saga nih. Serius penat terok!!

Sorry lah tak banyak gambar dari aku, sebab sorang kan. Idok ler nak berselfie, kang ade yang photobomb kat belakang. Viral pulak...satu hal. Hahahaha.

Sekian, terima kasih.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

2 comments:

Steven Ranger said...

Serious lawak baca u cerita.. hahaha

Izzati Amira said...

@Steven Ranger yeke lawak??? sesat dalam hutan tau. jangan memain..hehe