HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Monday, February 26, 2018

Tips berbaloi shopping Lagi di Lazada

Assalamualaikum w.b.t


Hai u ols, kembali lagi dalam rancangan shopping di Lazada with Zatiii....... Segalanya mudah bila shopping online kan? Asalkan ade duit, semua boleh jalan!! Okay meh nak citer, haritu aku beli instant film kat Lazada. Memang aku survey kaw kaw lah cari harga terbaik and berbaloi since instant film ni quite mahal. Nak beli offline kat kekedai pun cam dah makan masa, minyak kereta, belum lagi masuk kedai pastu harga maheyy nak tercekik. So, ofcourse lah shopping di Lazada ni menjadi pilihan aku.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Sunday, February 25, 2018

Murtabak Warisan Melaka Power!

Assalamualaikum w.b.t


Hai hai. Haritu kan, last 2 weeks kot, femly and I pergilah Kip Mart Melaka, nak pi masuk Mr.DIY sebab... mak cakap , orang bagitau tu Mr.DIY terbesar kat Melaka.. Tapi, takde lah besar mana pun, aku rasa yang kat Giant lagi besar kot? Kot laa.. sebab tak habes explore masa tu. Penat sangat. Daiso, Kaison, Mr.DIY, kedai RM2/3.. ha ape lagi eh kedai yang lebih kurang macam tu? Konfem aku duduk dalam tu berjam-jam. Sebab aku suka belek and teliti satu-satu barang kiut kiut and murah with full consideration, 

"Patut ke tak aku beli ni???"

Habes je pusing Kip Mart, memasing lapar ahh nak makan. Masa tu dah petang around 6pm. Tak tahu nak makan mana. Pastu nampak satu kedai makan ni, hujung Kip Mart.


Tadaaa... ni la kedai nya. Takde nama tapi sebelah 7E Kip Mart Melaka, dia satu bangunan dengan Kip Mart Melaka, so waze aje Kip Mart Melaka, nanti jumpa lah kedai makan ni ye.

Mula nya aku and abah macam nak taknak je pergi kedai ni since tak ramai orang and petang petang macam ni ade makanan apa je kan? Tapi sebab macam dah lapar nau, kiteowang pun singgah aje lah kedai ni walaupun tak berapa yakin yang perut kami akan kenyang. Hmm.

Lepas park kereta, duduk kat meja abah cakap sini ada murtabak. Taknak cheese sebab takut mahal and tak sedap. So macam rugi je. Kita order yang biasa aje, regular dua set. Lama jugak nak tunggu murtabak ni masak, borak borak kami satu keluarga sesambil menunggu murtabak. Tetibe abah nampak..

Air 'Serlia' Nescafe , a.k.a Serai + Halia + Nescafe ... Hmmm
Abah order, mak minum pun okay, abah minum pun okay. Aku?? Memang tak laaaa.. Bau je rasa nak uwekk.. hahaha dasar lemah!!

Tak lama tu murtabak pun sampai......


Wow!! Lain dari yang lain and nampak tempting terok!!! Bismillahirrahmanirrahim.. kami pun mula makan.

SEDAPPPPPPP SANGATTT!!!!

Serius tak tipu, ni bukan sponsor tak de dapat free murtabak, takde komisen pun. Memang sedap sangat. Walaupun kuah dal + kuah sos biasa aje, tapi murtabak dia memang power!! Sangat unik bagi kiteowang since ni first time kot makan murtabak yang isi daging + bawang dia tabur kat atas murtabak.

Selepas second time pergi, mak cakap ni memang murtabak orang Melaka yang ori. Means, Murtabak Melaka punya style macam ni lah. Kalau utagha kita makan sekali ngan bawang cuka kaler meghah tu kan, ni murtabak dia yang power!! Memang puas hati!!

Nora bagi 5 bintang!!!


Masa kali kedua datang tu, kiteowang order yang Regular Cheese , RM10. Sedapppp jugak wehhh. Nak menanges rasa sebab sedap sangat!!


Okay ini lah bangunan Kip Mart yang aku cakap tu, kawasan Malim/Batu Berendam. Orang Melaka yang taktau lagi pasai Murtabak Warisan yang sedappp ni nanti ada masa silalah ke sana ye. Sedap serius tak tipu.

Lokasi : Kip Mart Melaka , Batu Berendam
Open hours : Tak sure lah bukak hari apa, tapi hari Sabtu petang memang ada!

Thanks for reading. Bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Saturday, February 24, 2018

Lirik Lagu | Achey Yang Terindah

Assalamualaikum w.b.t


Haiiiii *lelambai* . Nak share lirik lagu Achey | Yang Terindah. First time masa dengar lagu ni, serius taktahu pun Achey yang nyanyi lagu ni. Plus, 2/3 kali dah dengar kat radio pun aku still rasa biasa biasa je sebab aku tak fokus sangat, sibuk menumpukan perhatian masa memandu. Haaaa, aku ni dikira berhemah jugak walaupun kengkadang naik tanduk jugak masa memandu. Hihih. Btw, masa aku naik kereta dengan adik aku, lagu ni pulak keluar, then aku tanya adik aku,

"Sape nyanyi lagu ni?"
"La... Achey."
"Oh ye keeeeeee...", terkijut la sikit.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Friday, February 23, 2018

i-City Shah Alam

Assalamualaikum w.b.t


Story nak datang sini memang sedikit kelakar. Masa tu hari Ahad. Aku nak bawak paksu and his femly pergi Taman Botani, aku nak main dengan Zara, plus nak try rumah 4 musim tu. After asar kiteowang keluar rumah, aku, Dibah and Shera.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Thursday, February 22, 2018

Teh Ais Float Viral | Kelemak Alor Gajah

Assalamualaikum w.b.t


Tengah hari semalam terpaksa keluar pergi Alor Gajah since parcel aku terpaksa collect kat sana. Huhuh. Aku ingat salah poslaju, rupanya aku yang salah. Goblok amat sih guwe. Hehee So, tengah busy drive nak ke poslaju tu, kat simpang 4 traffic light Kelemak nak ke pekan Alor Gajah tu bling bling meriah kedai ni aku nampak dari hujung anak mata. 

Adik aku baca kan la nama kedai tu, "Teh Ais Float"


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Tuesday, February 20, 2018

Skincare Routine | Guardian Sales

Assalamualaikum w.b.t


Hi *lelambai*. Seperti yang sedia maklum, gegirls yang memang menitikberatkan rawatan kulit muka + acah acah baru nak concern jaga kulit muka (macam aku) ni, konfem tau kan haritu Guardian ada buat SALESSSSS 40% untuk beberapa jenama skincare. TRIPLE WOW gilaa lah masa tu... Banyak kot 40%!! Mana nak dapat diskaun murah cenggini u olssss....



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Monday, February 19, 2018

Foodhunting | Litlle Rara Thai Noodle House

Assalamualaikum w.b.t

Maggi Tomyam Talay (small) RM18.00

Since aku ni dah selalu sangat keluar foodhunting. Member aku suggest untuk datang try tomyam dekat Little Rara ni. Kiteowang pergi kat kedai area Chow Kit. Masa tu dah nak maghrib, nasib lah tak ramai. Actually, aku dah banyak kali lalu lalang area jalan tar ni, memang aku nampak kedai pink ni selalu penuh and ramai gilaaa beratur tunggu meja kosong. Alhamdulillah, masa aku and Paah datang, kedai tu tak ramai orang lagi.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Thursday, February 15, 2018

Lampu Putrajaya 2018

Assalamualaikum w.b.t

HAPPY 2018!!

Malam tahun baru bulan lepas, aku and Dibah menjejakkan kaki ke Putrajaya. Oh yeahh, memang aktiviti hujung minggu ku sentiasa terisi *flow money flow*. Teringin nak tengok bunga api, datang jauh ni tau. Heheeh



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Wednesday, February 14, 2018

Malaysian Philharmonic Orchestra | Miraculous Mandarin

Assalamualaikum w.b.t


Dewan Filharmonik Petronas

As far as you dont know, heheh. Last year since Ogos aku dah start intern kat KL sampai lah Januari bulan lepas. Total 6 bulan aku intern kat sana. Aku memang memanfaatkan waktu/hari-hariku as intern yang menetap di kota Kuala Lumpur dengan jaya-nya, hahaha. Tu pun banyak lagi attractive yang wajib pergi, tapi tak dapat buat since kekangan waktu & wang. 



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Tuesday, February 13, 2018

NuffnangMY | CPUV #1 Februari 2018

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah. Sejak beberapa hari aku rajin update blog ni, maka, ada lah CPUV yang nuffnang dah lekatkan dekat blog aku ni haa. Dah hampir setahun takde CPUV yang melekat tau dak, tu punca sebab aku ni pemalaih nak update blog and blogwalking semua lah. Yelah, hidup aku sebagai student ni tak best mana pun. Since aku intern, ada lah story yang boleh jugak share kat sini. Oh yes, please nanti kan update aku yang akan datang okay??


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Monday, February 12, 2018

Tahniah Abang Jampi!! #AJL32

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah, sekalung tahniah buat Hael Husaini a.k.a Abang Jampi, pemenang-pemenang serta para finalis #AJL32 yang lain. Tahniah juga buat pengacara of the night, Alif Satar & Sherry Al Hadad serta staff yang terlibat dalam menjayakan anugerah #AJL32 dengan jayanya.

Pejam celik pejam celik lagu Jampi by Hael Husaini ni dah setahun 2 hari di release kan. Song released 10 Feb pada tahun lalu. Alhamdulillah, sebaik sahaja lagu ni release, ramai sangat suka lagu ni sampai terjampi jampi dibuatnya.. termasuk lah aku sendiri. Heheh


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Lets Chill Out | At Durian BB

Assalamualaikum w.b.t


2 weeks before 28th Jan, aku dapat invitation from Stella. Invite aku untuk makan durian sempena Open House Reception. Hoyeahhhhh makan free!! Aku pun apa lagi terus tanya Dibah & Shera nak join aku ke tak. Tau je makan free, terus reserve untuk 3 orang. Lagipun, dekat aje dengan Kampung Baru.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Thursday, February 8, 2018

Baju singkat? Say no more!

Assalamualaikum w.b.t



Mukadimah:
Alhamdulillah, dari tahun ke tahun Zati boleh nampak perubahan pada gegirls kat Malaysia nih. Mostly or majority daripada nya dah pandai sangat berfesyen yang menutup aurat, sejuk mata memandang. Alhamdulillah, moh ler kita bertepuk tangan ramai ramai. Hoorayyyy. Dulu sis ni memang tak pandai lah bab bab fesyen, sekarang ni pun masih noob okay. Masih segar diingatan, zaman sekolah dulu asyik dengan tudung bawal hitammmmmm je. Ada pun 1-2 helai, ha yang itulah sis dok pakai ulang ulang. Tak pandai sangat lah main dengan warna, since my skin was quite dark. So, bila pakai tudung hitam......takde lah nampak gelap nau compare to white tudung kan? Ye ke??

Sama jugak lah dengan baju and seluar. Sis duluuu sangat tak suka pakai jeans, tak sukaaaaaa. Suka pakai track suit and baju pun t-shirt warna gelap. Tak hitam, dark blue lah. Wuishhh, memang tak boleh jadi idola la dulu. Heheh


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Starbucks | Vanilla Cream Frappucino

Assalamualaikum w.b.t

Dulu aku pandang starbucks ni sebelah mata je sebab... tak mampu. HAHAHAH. Plus, mahal terok and aku bukan coffee lovers. So, tak perlu lah nak ikut ikut orang pegang starbucks cup ni kan. Kita layan coolblog yam milkshake sudahh. Sedap pun sedap, kena dengan tekak habes jugak minum. RM3 lebih je.

Tapi... sejak ber-roommate kan Adibah 'Aliah yang memang kaki starbucks, aku pun turut terjebak. Once tu viral kejap air Syafiqah Aina, dia suka Ice Caramel Macchiato + extra caramel drizzle upside down. Nampak memang tempting, so aku pun nak try ah minum air ni, pantang jugak dengar perkataan 'caramel' ni. Hehehe. Review? Tekak aku tak berkenan dengan air tersebut since... dia ade sedikit rasa coffee and aku tak sukaa rasa coffee tu. Sorry.

Tak lama tu viral pulak thread macam mana nak order air kat starbucks untuk newbie. Sedikit sebanyak aku belajar from situ + tok guru adibah yang dah biasa dengan air kat starbucks ni. Makanya... bermula saat itu, aku setia dengan my own fav Vanilla Cream Frappucino (blended) , memang plain rasa vanilla takde coffee langsung. Bhahahaha

Tapi, aku idok ler order vanilla plain semata mata. Aku add caramel drizzle upside down + whipped cream. Sebab takde coffee, so harga quite affordable la. RM16.50 sahaja untuk grande size. Sesapa yang bukan coffee lover macam aku, and suka vanilla... boleh try yang ni okay??


Vanilla Cream Frappucino
Size : Grande (medium)
+ Add caramel drizzle upside down
+ Add whipped cream

Done. RM16.50

So, seingat aku, 4 tempat yang aku try vanilla cream frap ni ialah dekat Aeon Jusco Melaka, Quill City Mall, Avenue K & KLCC punya Starbucks. Aku paling suka yang kat Avenue K, sebab dia buat air aku sedap. Hahaha


Yang ni size Venti (large), this one yang Avenue K punya. Sedapppp

Enjoy your drinks. Bye :)


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Wednesday, February 7, 2018

Go get your personal tutor on SnapAsk!!

Assalamualaikum w.b.t


Pernah dengar apa tu SnapAsk?? I baru tahu few days ago through twitter, viral sebab ada satu tutor ni dapat buat income jadi tutor menggunakan SnapAsk ni. Btw, aku taknak highlight kan tutor part, entry SnapAsk harini aku nak highlight untuk student part.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Tuesday, February 6, 2018

Review | Travel Makeup Pouch

Assalamualaikum w.b.t

Siapa sini suka travel??? Me!! Me!! Sape aje yang tak suka berjalan? Meh tunjuk muka sikit. Semua suka berjalan, termasuklah Zati.Tapi tu lah, no money no talk. So, kita takmau citer pasal travel or jalan jalan kat sini. Kita nak share citer pasai travel makeup pouch ni. I beli niiiiiiiiiiiiii........



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Monday, February 5, 2018

Bucketlist | Batu Caves

Assalamualaikum w.b.t


On 7th Jan 2018, aku pergi Batu Caves. Dengan member, memang dah plan lepas daki Bukit Saga haritu. Serik mendaki bukit, kita daki anak tangga pulak la. Okay la sikit , heheh.

Pokoknya, sepanjang 6 bulan aku stay kat Kampung Baru, almost... almost every weekend mesti keluar untuk buat any activity a.k.a create memories a.k.a menghabiskan duit , hehehe. Sambil intern, sambil aku have fun. Tapi budget kali ni paling murah tip top wa cakap sama lu.

Pagi tu sebelum gerak, aku dah prepare nasi goreng + sambal tumis. Dari Kg Baru ke Gombak untuk ambil Azrin from her house takdelah jauh mana. 20minit aje. Kami gerak pagi, so takdelah panas sangat, and orang pun tak ramai lagi masa tu.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.