HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Thursday, February 15, 2018

Lampu Putrajaya 2018

Assalamualaikum w.b.t

HAPPY 2018!!

Malam tahun baru bulan lepas, aku and Dibah menjejakkan kaki ke Putrajaya. Oh yeahh, memang aktiviti hujung minggu ku sentiasa terisi *flow money flow*. Teringin nak tengok bunga api, datang jauh ni tau. Heheeh




Actually, kiteowang lepas asar dah gerak dari Kampung Baru, nak elak jammed la katakan. Mestilah akan ada yang bersesak-sesak, tambah pulak ade festival Lampu. Ni first time aku beriya nak datang, idok le beriya, rasa macam okay lah jom pergi since Dibah pun nak pergi kan. Actualyy, aku tak suka tempat yang ramai orang sangat, tapi gagah jugak la yang ni. Tengok aje lah.. heehe


Since jalan kaki ni bosan, aku naik OBike lah.

Alhamdulillah, malam tu tak hujan, malam tu tak panas. Ada la angin sikit sikit. Nasib baik kiteowang sewa bean bag awai awai before maghrib, elok je lepas isyak tu dah sold out. Fhewww. Amik bean bag cari port baek punya then duduk lah mengadap bangunan Istana Kehakiman since ada tayangan kat situ. Memang naiss, tapi a bit bosan sebab ulang tayang mende yang sama. Tapi okay lah, ingat senang ke nak buat grafik tu? Hoho

Masjid Putrajaya

Kira okay lah new year jatuh hari Isnin, so bila keluar Ahad tu takde la rasa pape sangat. Hahah

Malam tu syiok sikit bila ada persembahan violin dari Endang Hyder. Lagu lagu yang trend jugak lah dia bawak. Good job sis.

Okay tu sahaja lah. Walaupun dah masuk bulan februari, sis tetap nak ucapkan Happy New Year and Happy Chinese New Year guyss. Azam aku, untuk menunaikan azam2017 yang masih tak berjaya dicapai, which is azam2017 adalah azam2016 aku yang masih tak tercapai. Hahahah lose weight lah. Susah nau. Sorry lah tak banyak gambar untuk Festival Lampu 2018 ni since tak cantik pun guna fon, lain la kalo DSLR. Hehe

UPDATED 17 FEB : Oh yaaa.. lupa nak bagitau, balik je dari tahun baru tu. PUNYAAAA LAH JAMMED!!! Padahal kiteowang da gerak untuk keluar lambat kot. Nak bagi orang keluar dulu. Keluar lambat sikit pun jammed teruk. Haaa, masa tu lah menyesal tak sudah. Hahahahaha

Okay lah. Thanks for reading.
Bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

8 comments:

Raydah said...

uwahhhh fireworksss

Rose Caramel said...

tak sesak ke, kita yg duduk dekat dengan putrajaya ni pon tak berani ke sana. Dah pernah kena... nak pegi tengok bunga api... end up dalam kereta je tgk. 3 jam oh! hehehe. btw best kan pg situ...

Kin Naz said...

Bestnya dapat tengok bunga api tu. Plan awal memang nak pergi. Tapi last minit suami kena kerja pulak. Happy New Year juga ye hihi

Izzati Amira said...

@Rose Caramel masa pergi tu tak sesak since datang awal. balik tu jammed terokkkkk.. menyesal tak sudah masa tu. hihihi

Izzati Amira said...

@Kin Naz heheh Happy new year too

Eyqa Zq said...

Tak pernah lagi tgk firework scra dekat, selalu dari jauh seja. A great moment you have there, nais. :D

Unfold me here : The Hundred Pages | Eyqa

Shikin Razali said...

Walaupun akak duduk kat area Putrajaya tapi tak penah pegi tengok bunga api, sebab tak suka nak bersesak.. hihi

Siqah Hussin said...

Bestnya dapat tengok bunga api masa tahun baru. Siqah On the way balik kerja masa ni. Tak sempat nak ke mana2. Lama rasa tak pergi Putrajaya. Dulu rasa dekat, sekarang rasa jauh pulak Putrajaya. Hihi