HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Monday, February 12, 2018

Lets Chill Out | At Durian BB

Assalamualaikum w.b.t


2 weeks before 28th Jan, aku dapat invitation from Stella. Invite aku untuk makan durian sempena Open House Reception. Hoyeahhhhh makan free!! Aku pun apa lagi terus tanya Dibah & Shera nak join aku ke tak. Tau je makan free, terus reserve untuk 3 orang. Lagipun, dekat aje dengan Kampung Baru.




Berdekatan dengan bangunan TRX yang masih dalam pembinaan tu. Guna google map untuk bagi direction, Alhamdulillah sampai lah jugak. Tiba hari kejadian, aku and Dibah je dapat pergi. So yeah, agak janggal since ni first time aku dapat invitation makan free... kekkekekeee.. Awkward lagi bila aku tak nampak orang melayu area situ, mostly chinese *emoji nanges*. Later, ada sorang staff approach yang aku ni dapat invitation from Stella ke? Pastu aku tunjuk emel yang aku dapat, then terus dia ajak duduk. Ngeeee~

Tak lama lepas tu baru aku perasan dorang ade jugak pekerja melayu.


Seluruh kedai ni tema kuning. Semua produk dia macam self-produce, dari air mineral, wet tissue, kotak tisu, bantal comel. Atas meja ni dah siap sediakan glove & bowl untuk letak biji durian. Perghh, terbaik laahh customer services dorang nih!


Tadaaaaa... Tak lama tu, staff yang bawak kiteowang masuk tadi bawakkan sepinggan 5 ulas durian yang berbeza gred dia. Oh yeahh. I was so excited!!! From left is Durian Musang King, paling kanan tu pulak durian kampung. Dia suggest untuk taste from white flag dulu, then yang last sekali mestilah yellow flag which is musang king!!

 

White flag: 
Durian kampung. Memang kalau beli durian tepi jalan tu, memang inilah! Inilah rasa dia!!

Brown flag:
Quite okay. Lebih kurang sama rasa dia macam durian kampung. A bit light kot?

Orange:
Yang ni tak berapa ingat sangat rasa dia macam mana. Tak beri effect sangat pada tekak and lidah aku. Hahaha.

Green:
D24. Mmm memang aku ingat lah nama dia ni. Personally, aku tak suka rasa D24 nih. Pahit kelat but still ada rasa durian. Tah laa, Dibah pun tak leh telan D24 ni, tapi kiteowang usaha jugak untuk habiskan. Hahaha

Yellow:
Eksaited gilaa untuk try musang king. Well, korang pun tahu kan durian musang king bapakk mahal gila bapakk la mahal dia, heheh. So, bila da dapat chance untuk try (siap boleh tambah banyak banyak banyak lagi tau), aku and Dibah siap basahkan tekak + tukar glove. Hehe so how?

Staff tu cakap, musang king ni ada rasa 'rich' durian tu. So, aku pun try. "Mmmm okay la." Memang rich, takde rasa pahit kelat langsung, straight to manisnya rasa durian. Itulah musang king.

Tapi, aku and Dibah buat pilihan, yang durian kampung WIN. Antara 5 tu, durian kampung paling sedap and memang 'durian' lah! Heheh

Lets look around!!

Antara produk lain dijual kat sini


Environment quite nice. Tak panas and syok lah untuk lepak lepak ngan member yang kaki durian.


Tak suka lepak tempat yang ramai orang? Ada jugak tempat untuk guest yang nakkan privacy.


Us with the goodies. Thank you for having us #DurianBB *muahhh*
Pics credit to Adibahhhh dengan DSLR-nya. TQ jadi personal photographer of the day


Durian lovers? Please do come here. Bring you kaki durian gangs, and chill out together.
Thanks for reading. Bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

1 comment:

ANIS NABILAH said...

wahh lawa betul kedai dia \o/ comel ! lama anis tak makan durian T_T