HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Wednesday, February 14, 2018

Malaysian Philharmonic Orchestra | Miraculous Mandarin

Assalamualaikum w.b.t


Dewan Filharmonik Petronas

As far as you dont know, heheh. Last year since Ogos aku dah start intern kat KL sampai lah Januari bulan lepas. Total 6 bulan aku intern kat sana. Aku memang memanfaatkan waktu/hari-hariku as intern yang menetap di kota Kuala Lumpur dengan jaya-nya, hahaha. Tu pun banyak lagi attractive yang wajib pergi, tapi tak dapat buat since kekangan waktu & wang. 



Yeahhhh, bayangkan lah, mostly, every week aku akan keluar pergi mall, cycling, hiking, shopping, food hunting... weh, apa je yang aku tak buat sepanjang ENAM BULAN aku kat sana ha? Except clubbing okay. Hahahaha... thats why bila dah habes intern ni aku mereput aje kat rumah. Orang lain dok busy berjimba fly sana sinun. Takpeee....

So, sepanjang 6 bulan aku ulang alik pergi kerja balik kerja, memang poster orkestra nih sentiasa aje terpampang. Last december ada konsert Ella kan? Keciwa sebab tak dapat pergi, mahal satu hal. Time nak beli, dah SOLD OUT! Sedihh. Huhuhu


Teringin sangat nak masuk since dah hari hari nampak poster kan. Ada sekali tu, masa awal awal intern, ada free tickets untuk tengok OLA BOLA, tapi minggu tu aku dah decide untuk balik Melaka, takde rezeki. Kebiasaannya, orkestra ni buat hari Jumaat (malam), Sabtu (malam) and Ahad (petang). Ada jugak buat hari hari lain, bergantung lah.

So, awal bulan Jan haritu (dah hujung hujung intern), aku cari la kesempatan nak tengok jugak orkestra performance ni secara live. Maka nya, aku and Paah pergi kaunter Box Office untuk beli tiket. First masuk tu, kiteowang datang tengok tengok survey harga and schedule dulu mana yang berkenan kan. Siap tanya kot ade free tickets lagi tak? Hahahah since aku intern area situ. Bila dah takde tu, kiteowang decide untuk beli aje lah. Dont worry, paling murah harga RM50/60 je per head.

Luckily, ada diskaun untuk students a.k.a student price. Oh yeahhh


Ok so macam mana nak dapatkan student price tu?? Yang ada student card, korang sendiri yang kena pergi ke kaunter, present your student card and pilih la concerts mana yang you guys nak tengok okay? Tak termasuk untuk SPECIALS & POPS Concerts ye. Ada juga diskaun untuk lain-lain, click HERE for more info.


We decided untuk tengok THE MIRACULOUS MANDARIN, guna student card, RM15 sahaja. Total 4 lagu semuanya, almost 2 hours. Ada satu budaya tau bila tengok orkestra ni, habes je dorang perform, you guys kena tepuk setepuk tepuknya atas persembahan yang dorang dah tunjuk kat kita ye. Like..... kena tepuk untuk each performance. Tepuk tu penting. Mungkin tanda kita appreciate dengan performance dorang? Sorry, sis noob pasal ni.

Nak masuk hall ni pakaian mestilah formal, baju kurung pun okay. Tak perlu sweater since kat dalam tu tak sejuk pun. Tak boleh record time dorang tengah perform tau. A big no-no.

Oh ya! Sila godek godek website MPO ni untuk tengok concerts schedule yang ada untuk tahun 2018 ni ye. 

Overall, sis puas hati dengan performance dari MPO. Sis suka dengan lagu yang ada energy gitteww, yang mendayu mestilah mengantuk, hahhaah. Lagi best kalau yang ada feel thrill. Syok tak kira ah.

Okay, tu sahaja lah dari sis. Thanks for reading.
Bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

7 comments:

Hans said...

seronoknyaaaa

MiYOKO SuKi said...

bestnya...dulu masa study kt KL, mmg selalu enjoy je...tp, rugi tak penh tgk orkestra lg...teater pun mesti pegi jugak...

Raydah said...

never went to an orchestra before. i really wish to go even for once

Azhafizah Md Nor said...

Teringin lama dah tengok Orchestra live. tapi apakan daya, belum ada rezeki nak kesana lagi.

Izzati Amira said...

@MiYOKO SuKi kannn...teater pun tk tgok ni. tak cukup pulak 6 bulan kat sana..hihihi

Izzati Amira said...

@Raydah go go!!

Izzati Amira said...

@Azhafizah Md Nor inshaaAllah nanti boleh pergi dgn femly or kengkawan ye... bawak officemate ke... hihi