HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Sunday, February 25, 2018

Murtabak Warisan Melaka Power!

Assalamualaikum w.b.t


Hai hai. Haritu kan, last 2 weeks kot, femly and I pergilah Kip Mart Melaka, nak pi masuk Mr.DIY sebab... mak cakap , orang bagitau tu Mr.DIY terbesar kat Melaka.. Tapi, takde lah besar mana pun, aku rasa yang kat Giant lagi besar kot? Kot laa.. sebab tak habes explore masa tu. Penat sangat. Daiso, Kaison, Mr.DIY, kedai RM2/3.. ha ape lagi eh kedai yang lebih kurang macam tu? Konfem aku duduk dalam tu berjam-jam. Sebab aku suka belek and teliti satu-satu barang kiut kiut and murah with full consideration, 

"Patut ke tak aku beli ni???"

Habes je pusing Kip Mart, memasing lapar ahh nak makan. Masa tu dah petang around 6pm. Tak tahu nak makan mana. Pastu nampak satu kedai makan ni, hujung Kip Mart.


Tadaaa... ni la kedai nya. Takde nama tapi sebelah 7E Kip Mart Melaka, dia satu bangunan dengan Kip Mart Melaka, so waze aje Kip Mart Melaka, nanti jumpa lah kedai makan ni ye.

Mula nya aku and abah macam nak taknak je pergi kedai ni since tak ramai orang and petang petang macam ni ade makanan apa je kan? Tapi sebab macam dah lapar nau, kiteowang pun singgah aje lah kedai ni walaupun tak berapa yakin yang perut kami akan kenyang. Hmm.

Lepas park kereta, duduk kat meja abah cakap sini ada murtabak. Taknak cheese sebab takut mahal and tak sedap. So macam rugi je. Kita order yang biasa aje, regular dua set. Lama jugak nak tunggu murtabak ni masak, borak borak kami satu keluarga sesambil menunggu murtabak. Tetibe abah nampak..

Air 'Serlia' Nescafe , a.k.a Serai + Halia + Nescafe ... Hmmm
Abah order, mak minum pun okay, abah minum pun okay. Aku?? Memang tak laaaa.. Bau je rasa nak uwekk.. hahaha dasar lemah!!

Tak lama tu murtabak pun sampai......


Wow!! Lain dari yang lain and nampak tempting terok!!! Bismillahirrahmanirrahim.. kami pun mula makan.

SEDAPPPPPPP SANGATTT!!!!

Serius tak tipu, ni bukan sponsor tak de dapat free murtabak, takde komisen pun. Memang sedap sangat. Walaupun kuah dal + kuah sos biasa aje, tapi murtabak dia memang power!! Sangat unik bagi kiteowang since ni first time kot makan murtabak yang isi daging + bawang dia tabur kat atas murtabak.

Selepas second time pergi, mak cakap ni memang murtabak orang Melaka yang ori. Means, Murtabak Melaka punya style macam ni lah. Kalau utagha kita makan sekali ngan bawang cuka kaler meghah tu kan, ni murtabak dia yang power!! Memang puas hati!!

Nora bagi 5 bintang!!!


Masa kali kedua datang tu, kiteowang order yang Regular Cheese , RM10. Sedapppp jugak wehhh. Nak menanges rasa sebab sedap sangat!!


Okay ini lah bangunan Kip Mart yang aku cakap tu, kawasan Malim/Batu Berendam. Orang Melaka yang taktau lagi pasai Murtabak Warisan yang sedappp ni nanti ada masa silalah ke sana ye. Sedap serius tak tipu.

Lokasi : Kip Mart Melaka , Batu Berendam
Open hours : Tak sure lah bukak hari apa, tapi hari Sabtu petang memang ada!

Thanks for reading. Bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

6 comments:

ejulz said...

terbaek.. mesti sedap ni.. :)

Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
1. Mee Udang Asajaya

Raydah said...

lama tak makan murtabak. but i love murtabak mengkasar the most

Mia Liana said...

sedapnya murtabak tu.. leh gi sini nanti..

Izzati Amira said...

@Raydah kat mana tuuuuuuu. kalau area melaka boleh la Zati gi.. hehehe

adarain said...

tetiba rasa macam nak makan murtabak sekarang juga, hahah

Siqah Hussin said...

Okay boleh cari nanti kalau ke Melaka!! Boring dah asal pergi Melaka makan asam pedas. Hehe