HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Tuesday, February 27, 2018

Resepi | Ayam Buttermilk Semanis Honey

Assalamualaikum w.b.t


Hey haiii. Kembali lagi kita dalam rancangan blogger paling rajin memasak di dapur, Izzatiiiiii !!!

*Clap clap clap*

Okay cukup dengan 3 kali tepuk. Aku tak rajin okay, tapi sebab teringin nak makan ayam buttermilk ni nak tau rasa dia macam mana. Maka, sis pun gigih salin resepi dan keluar rumah mencari bahan bahan masakan gittew. Plus, bajet sendirian berhad, masak pun sendirian berhad lahh. Hehe



Lets go!

***
Resepi | Ayam Buttermilk Semanis Honey

Bahan perapan ayam

Isi ayam dipotong dadu *ikutlah nak saiz besar mana
Tepung gandum
Garam
Serbuk cili
Lada sulah
Serbuk Kari
Telur


Tadaaaaa.... HAHAHAHAHA
Cerdik kan aku masukkan semuanya sekali?? Miahahahaha, macam takde ilmu memasak je gaya nya. Patutnya tepung gandum tu letak second last, then baru lah ayam ayam tu kita celup dengan telur or boleh jugak vice versa. Tapi sis tidak ye, masa memasak ni cuaca agak panas makanya sis berpeluh amat teruk ye di dapur keseorangan. Maka, sis can't think straight!!

Tapi, murid murid jangan risau, kita bukannya tengah buat kek, kita ni sedang masak lauk, persetankan semua step step kecik if tertinggal, kita buat dia, bukan dia buat kita. So, bila dah jadi macam ni, murid murid jangan gelabah, gaul aje semua. Kalau rasa macam lembik sangat tak cukup tepung, boleh tambah tepung sikit demi sedikit ye. Perap ayam untuk 30minit - 1 jam, then baru lah boleh goreng selepas minyak di kuali panasss.... Dah goreng tu, then ayam letak tepi ye.

Next,....

Bahan buttermilk

Butter 50gram
Bawang putih 2 ulas
Daun kari 2 tangkai kecik ( 2 pelepah??)
Susu sejat 1/2 tin
Susu pekat manis 1 sudu besar

Cara-cara masak buttermilk

1. Panaskan butter sehingga cair
2. Tumis bawang putih kemudian tambah daun kari, tumis hingga naik bau.
3. Kemudian masukkan susu sejat diikuti susu pekat manis
4. Perlahankan api, nak kuah pekat masak lama sikit, nak kuah cair, masak sekejap aje
5. Lastly, masukkan ayam korang yang sudah digoreng tadi ye. 
Gaul gaul then dah boleh hidang.


Siap untuk dihidang. 
As first timer buat ayam buttermilk ni, honest review. Rasa memang sedap boleh diratah begitu sahaja. Cuma lemah nya, ayam lagi banyak dari kuah. Memang aku guna ayam banyakkkkkk... heheh Kalau ikutkan kita boleh double kan nisbah kuah, tapi tu la, stok susu sejat memang tinggal 1/2 tin je. Hmmmm, and aku malas nak keluar pergi beli lagi. Redah aje jahh. Janji boleh makan. So, next time mungkin dah sedikit pro?? Nanti kita buat lagi ye.

Resepi asal boleh refer blog Kak Nany, situ step satu satu dah tunjuk.
Hope you guys enjoy reading post. Thank u very much. Heheeheh

Tak tahu lunch ni nak makan apa? Try lah ayam buttermilk or buttermilk chicken ni okay?
Thanks for reading. Bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

4 comments:

Radhia Razali said...

bolehlah try buat guna resipe sis ni..anyway, done follow ur blog

Siqah Hussin said...

Sedap! Siqah suka makan ayam buttermilk. Save resepi :D

nana liena said...

Tak pernah makan/buat lgi. Next time lah..hehe...

Mia Liana said...

boleh cuba nanti... tq ya..