HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Tuesday, February 20, 2018

Skincare Routine | Guardian Sales

Assalamualaikum w.b.t


Hi *lelambai*. Seperti yang sedia maklum, gegirls yang memang menitikberatkan rawatan kulit muka + acah acah baru nak concern jaga kulit muka (macam aku) ni, konfem tau kan haritu Guardian ada buat SALESSSSS 40% untuk beberapa jenama skincare. TRIPLE WOW gilaa lah masa tu... Banyak kot 40%!! Mana nak dapat diskaun murah cenggini u olssss....



Tapi, ramai jugak yang menanges sebab Guardian buat sales tengah bulan, duit pun cecukup makan je. Nasib lah i ols, ada la niaga kecik kecik untuk tampung kehendak hidup. Mampu lah beli sikit sikit mana yang patut kann..

Tak habes banyak pun, around rm60++ aje, sebab baru beginner kannn.. Yang melambak kat atas tu total 3 barang anak dara + serbu kat Mr.DIY sama. Entry kali ni nak share sikit lah, some items yang aku beli and try pakai, kita buat lah post beauty review skincare. Eh jah, kata nak jadi beauty blogger. Kena lah rerajin buat entry pasal tips skincare bagai tu ye dak?? 

Ok sis gurau. Sorry lah sis memang tak rajin. Korang plis rerajin godam blog sis Iman (almost semua tips skincare), situ semua dia ada share. Go go okay? Tapi sebelum tu, meh habeskan baca entry aku ni dulu meh.
Basic Skincare Routine blogger Izzati Amira
Kasi can lah okay? Hush hush, kita kita je yang tau blogger nineteencapri ni nak perasan untuk entry post yang ni sahaja. Okay? Btw, since my sister yang bongsu ni maaaakin rajinnnn untuk jaga kulit muka dia, maka dia lah jadi advisor masa aku shop kat Guardian. Hehe. Lagi satu, aku mintak maaf awai awai pasal harga barang, resit dah buang. Sorry gaisss

As newbie, kita ikut saranan sis Iman. Basic skincare untuk beginner macam sis adalah...
1.Cleanse
2.Exfoliate
3.Tone
4.Moisturize
5.Protect

Tadaaaa... 

Tengok tu, baru 5 STEP mudah je aku dah label 5 benda wajib pakai ikut step. Maklumlah, dah semakin tua ni takut jugak kekalau tersapu ubat gigi kat muka. Eh? Btw, terima kasih atas perkongsian sis Iman dalam blog dia dan juga thru twitter, gegirls macam saya kini semakin concern untuk jaga kulit muka kami. Sayangi kulit muka kitaa~~~

Morning skincare routine ye. Ok jom mula.
Cleansing | Innisfree Jeju Volcanic Pore Cleansing Foam

Harga : Around RM30-RM70?? Sorry lupaa..
Recommended for : Oily Skin
Buy from : Innisfree store
Review from other users >Here<

First step, bersihkan muka. Fyi, kulit aku ni jenis yang berminyak a.k.a skin type aku ni oily. So, ini adalah pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit muka aku. Kat Innisfree ni banyakkkkkk produk untuk different skin type. If, korang tak sure nak pilih yang mana or nak tahu function dia, mintak tolong je kat staff Innisfree, for sure dorang akan tolong u gais okay? Aku pakai dah nak dekat 4-5 bulan, bagi aku best lah since muka pun dah kurang minyak.

Yang tak berapa nak okay, aku pakai pencuci ni masa aku intern. So, bila aku intern, mostly masa aku banyak dihabiskan duduk dalam ofis. Kau tau je lah kalau ofis ber-aircond. Sejukkk, and tu antara punca bahagian U muka aku kering, automatic skin type aku bertukar ke combination skin type. Tapi, since pencuci ni banyaaaak lagi, idok ler teman nak menukor beli baru, plus, aku dah habes intern and tak duduk ofis dahhh. Heheh
Exfoliate | Coffee Body Scrub
Harga : Below RM20 , boleh beli online yeee
Buy from : Online

Kat atas tadi aku ada share, gambar whole product yang aku guna untuk skincare routine aku kan. Ni produk yang aku label nombor 2. So, exfoliate ni motif dia untuk buang sel-sel kulit mati kat muka and badan korang. Boleh la pakai sekali sekala, jangan selalu sangat ye since texture dia quite kasar. Nanti makin nipis kulit muka u ols. Since sis ni bukan lah golongan gegirls yang rajin, sis buat dua minggu sekali. Hahaha
Tone | Hada Labo Whitening Lotion

Harga : RM40++ selepas diskaun seingat aku laa..hehe
Recommended for : Normal/Combination/Oily Skin
Buy from : Guardian 

Hada Labo wehhh... produk from Jepun yang dahhh lamaa aku nak. Since aku student yang memang tak mampu.. aku pendam aje lah perasaan tu. TETAPI, sejak ada nya GUARDIAN SALES tu.. maka nya, semput ke sempit ke, aku kena grab jugak.. bila lagi kannn?? Dah murah cenggini, kau nak murah macam mana lagi princess woi?

Pakai ni selepas kita bersihkan kulit muka ye. Kenapa whitening lotion ni aku jadikan as toner? Sebab adik aku cakap, sama je function, tone kan kulit muka gitteww. Adik aku yang cakap eh, kalau salah marah dia. So far, aku sukaaaaaa sebab lepas pakai ni, kulit muka aku jadi sejibik macam iklan Hada Labo dalam tv tauuu + texture dia light okayy. Dia cam lembap lembap plump plump gittew lahh lepas pakai tu.. Lagi, dia boleh bantu improve dehydrated skin, balance kan pH skin kita ye.

Untuk Toner Safi Balqis tu, dah lama aku guna toner ni, selalunya aku pakai lepas cuci muka. Segarkan balik kulit muka, tu botol yang kedua aku pakai. Takde perubahan ketara sangat, buat masa ni aku selang seli penggunaan 3x Hada Labo and 1x Safi Balqis ni.
Moisturize |  Green Tea Balancing Cream

Harga : RM67 kot
Recommended for : Combination Skin
Buy from : Innisfree store

Its time to moisturize our skin pulakkk. Baru je pakai, belum cukup dua bulan penggunaan. Yang ni aku beli bulan Jan haritu. Kan aku ada citer kulit aku da bertukar jadi combination skin kan?? Bahagian T berminyak, bahagian U keringgg. So, staff Innisfree tu suggest kan produk yang iniiii..

So far, bila aku apply yang ni, aku akan make sure yang aku tak akan berpeluh lah.. mula mula tu aku  pakai malam je. Sebabnya kan jah, bila aku pakai waktu siang, aku berjalan g bustop je pun, tu dah peluh peluh kat muka. So, sis rasa ia adalah suatu pembaziran, bila sis berpeluh sis akan lap muka sis.. so...kau ghase??? Heheeh

Tetapi, lepas tengok video Tasha Shila pakai moisturizer, sis dah jumpa cara yang tak membazir. Selama ni sis pakai cara yang salah la, sebab tu bila berpeluh, menitik nitik moisturizer ni cair...aduddudu... panas kan.. Kekadang muka kita merah merah peluh peluh. Sini sini kat beby meh Alaahhh panas? Lapar? Nak cendol? Esok repeat k? Eh kau! Heheh

So, cara yang betul pakai moisturizer, amik la 2 calit letak kat tapak tangan, gosok gosok then dab dab aje kat kulit muka. Ha gittewww. Next...
Protect | Biore UV Aqua Rich Watery Essence / Sunblock

Harga : Free sample (kiri) | Around RM30-50 kot (kanan)
Buy from : Guardian

Yes! Yes! Akhirnya, dapat jugak aku memiliki sunblock. Tahu kann sunblock ni boleh tahan maheyy la jugak. Sebab haritu sales, grab lah jugak... nak cukupkan 5 basic skincare routine punya pasai. Hehe. Yang kiri tu aku dapat free masa tengok wayang dengan officemate, alang alang free, aku grab dua sebab lebih. 1 lagi aku bagi adik aku.

Aku rasa, dua dua ni texture dia sama je. Warna and bau lemon. So, function pun sama lah kan.. So far, aku suka jugak sunblock yang ni. Bila keluar rumah pun okay, muka pun dah tak belang sangat kann. Dah sekata gitteww + aku memang duduk dalam rumah aje buat masa ni, taknak kena panas nanti sunburn gelap terus kulit I *menanges*, even da apply sunblock. Hmmm

Okay itu sahaja nak share. Alhamdulillah, kulit muka aku bukan jenis yang sensitif, so produk yang aku pakai semua ni okay la. Takde la allergik ke apa ke. Korang pulak macam mana? Ada buat skincare routine macam i ols tak? Jawab jangan tak jawab!!

Okay, thanks for reading.
Bye


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

5 comments:

Siqah Hussin said...

Siqah pakai jugak Hada Labo. Baru je cuba. Siqah beli yang Hydrating Lotion. Suka pakai sebab lepas pakai je rasa kulit lembap sungguh :) Bab skincare ni memang berderet lah step. Kadang2 sampai terskip satu step. Hehe.

anak denesor said...

suka pkai hada labo tuh..lembut muka pastu lembab ja

Raydah said...

teringin sgt nak try hada labo tu

Eyqa Zq said...

Kita pakai sunblock yg sama lah. Hehe. Nais2, kulit sy kering so mostly skincare product yg hydrating and the sun block really do it works in term of protecting + hydrating skin. :D

Thank u sbb kongsi step skincare nya, selama ni mmg main hantam jer. Hahaha.

Unfold me here : The Hundred Pages | Eyqa

Izzati Amira said...

@Eyqa Zq most welcome. heeee.. untuk dry skin memang sesuai pakai sunblock tu since texture dia light + watery essence kan...hiiiiii