HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Thursday, February 8, 2018

Starbucks | Vanilla Cream Frappucino

Assalamualaikum w.b.t

Dulu aku pandang starbucks ni sebelah mata je sebab... tak mampu. HAHAHAH. Plus, mahal terok and aku bukan coffee lovers. So, tak perlu lah nak ikut ikut orang pegang starbucks cup ni kan. Kita layan coolblog yam milkshake sudahh. Sedap pun sedap, kena dengan tekak habes jugak minum. RM3 lebih je.

Tapi... sejak ber-roommate kan Adibah 'Aliah yang memang kaki starbucks, aku pun turut terjebak. Once tu viral kejap air Syafiqah Aina, dia suka Ice Caramel Macchiato + extra caramel drizzle upside down. Nampak memang tempting, so aku pun nak try ah minum air ni, pantang jugak dengar perkataan 'caramel' ni. Hehehe. Review? Tekak aku tak berkenan dengan air tersebut since... dia ade sedikit rasa coffee and aku tak sukaa rasa coffee tu. Sorry.

Tak lama tu viral pulak thread macam mana nak order air kat starbucks untuk newbie. Sedikit sebanyak aku belajar from situ + tok guru adibah yang dah biasa dengan air kat starbucks ni. Makanya... bermula saat itu, aku setia dengan my own fav Vanilla Cream Frappucino (blended) , memang plain rasa vanilla takde coffee langsung. Bhahahaha

Tapi, aku idok ler order vanilla plain semata mata. Aku add caramel drizzle upside down + whipped cream. Sebab takde coffee, so harga quite affordable la. RM16.50 sahaja untuk grande size. Sesapa yang bukan coffee lover macam aku, and suka vanilla... boleh try yang ni okay??


Vanilla Cream Frappucino
Size : Grande (medium)
+ Add caramel drizzle upside down
+ Add whipped cream

Done. RM16.50

So, seingat aku, 4 tempat yang aku try vanilla cream frap ni ialah dekat Aeon Jusco Melaka, Quill City Mall, Avenue K & KLCC punya Starbucks. Aku paling suka yang kat Avenue K, sebab dia buat air aku sedap. Hahaha


Yang ni size Venti (large), this one yang Avenue K punya. Sedapppp

Enjoy your drinks. Bye :)


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

8 comments:

Siqah Hussin said...

Starbucks sedap tapi bergantung juga kepada barista. Ada jugak barista buat tak sedap kan. Siqah baru minum Chest Nut Frap minggu lepas. Add on cookies. Sedap!

Sesekali bolehlah minum Starbucks. Menangis duit dan kalori kalau minum selalu. Hehe

Illya LeYa said...

LeYa peminat caramel dan vanilla juga.. Dah try..memang sedap pun

Raydah said...

my all time favorite will always be green tea. hehe

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

dah lama tak terjah starbucks ni

Izni Hafiz Abdul Rashid said...

Hejeheheheh... untuk orang ada-ada jer....

BudakVanilla said...

BV belum pernah try lagi starbuck nie, tunggu ada masa atau duit lebih nanti try :D

Farhanah Afiqah said...

Pernah minum starbucks sekali je hahah. Boleh la try yang ni lainkali.

Nur Azian Jaafar said...

aduhhhh sedapnya nmpk..tak pnah try lg yg mcm nih...