HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Thursday, February 22, 2018

Teh Ais Float Viral | Kelemak Alor Gajah

Assalamualaikum w.b.t


Tengah hari semalam terpaksa keluar pergi Alor Gajah since parcel aku terpaksa collect kat sana. Huhuh. Aku ingat salah poslaju, rupanya aku yang salah. Goblok amat sih guwe. Hehee So, tengah busy drive nak ke poslaju tu, kat simpang 4 traffic light Kelemak nak ke pekan Alor Gajah tu bling bling meriah kedai ni aku nampak dari hujung anak mata. 

Adik aku baca kan la nama kedai tu, "Teh Ais Float"



Ooo. So, kiteowang settle kan dulu hal kat poslaju, then parking tepi kedai ni beli air satu. Pulak sekarang ni Melaka panas woi. Aircond kereta pulak rosak, memang panas lit lit nak habaq kat hampa. Aku suruh adik aku turun gi beli 1. Rasa dulu tengok sedap ke idok.


Seperti kebiasaan, kita nak tunjuk yang kita support bisnes orang meniaga ni kan, dalam kereta jugak sis keluarkan fon nak amik gambar lah, nak update kat ig story kan. Tengah syok amik gambar cecantik, ada dua orang lelaki lalu depan sis.

Lelaki 1: Eh, ada orang amik gambar lah
Lelaki 2: Ha, nanti kasi viral ye! Beli berapa?
Aku: Satu je, nak rasa dulu. Kalau sedap saya promote.
Lelaki 2: Ha, bagi adik (ke akak eh dia panggil aku?) ni satu lagi.
Aku: Eh takpe, takpe. Saya nak try je.

At last, dapat percuma jugak satu teh ais float. Hahahaha rezeki datang jauh.. dari Masjid Tanah ni. Hahaha Alhamdulillah.


Satu topping aiskrim vanilla. Satu lagi topping aiskrim cappucino.

Secara jujurnya, aku bukanlah penggemar teh ais. Why? Air yang bersusu ni aku kureng sikit + selalunya lahhh kalau kita order air teh ais ni, air nya tawar, warna pun tak menarik and langsung tak rasa 'teh'. Kecewa? Yes.

Honest review:
Tetapi... ada exception untuk Teh Ais Float Kelemak Alor Gajah ni ye anak anak. Rasa teh pekat elok!! Warna menarik + ada caramel okayyy. Sis suka tengok perkataan caramel ni, apetah lagi makan benda benda ber-caramel. Ha gittew. Bila aiskrim campur dengan teh ais pun still sedap lagi, kalau ikut tekak sis la. Hehe

➸Lokasi strategik 
➸Warna air menarik
➸Rasa air memang teh ais ori tak kedekut teh tak kedekut susu
➸Caramel
➸Aiskrim cappucino sedap
➸Harga berbaloi
Lokasi : Simpang 4 Kelemak, Alor Gajah
Harga : RM5 / cup
Warga Alor Gajah mesti ramai yang dah tahu kan, so sis nak hebahkan untuk yang duduk luar dari kawasan Alor Gajah. Jom singgah pekena Teh Ais Float okay? Yang panas panas, tekak kering, jom basahkan tekak kalau singgah Alor Gajah ye.

Thanks for reading. Bye


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

3 comments:

nurul atikah said...

ya Allah... terliurnyaa serius.. saya terus ws kawan ajak pergi try. nasib dah dekat.. hehe

Eyqa Zq said...

Tgk gambar pun terliuq da. Hehehe

Izzati Amira said...

@nurul atikah hehehe so how?? kena dgn citarasa tak?