HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Monday, February 26, 2018

Tips berbaloi shopping di Lazada

Assalamualaikum w.b.t


Hai u ols, kembali lagi dalam rancangan shopping di Lazada with Zatiii....... Segalanya mudah bila shopping online kan? Asalkan ade duit, semua boleh jalan!! Okay meh nak citer, haritu aku beli instant film kat Lazada. Memang aku survey kaw kaw lah cari harga terbaik and berbaloi since instant film ni quite mahal. Nak beli offline kat kekedai pun cam dah makan masa, minyak kereta, belum lagi masuk kedai pastu harga maheyy nak tercekik. So, ofcourse lah shopping di Lazada ni menjadi pilihan aku.



Fyi, untuk twin boxes ni selalunya harga lebih kurang RM45++ untuk 1 kotak, kau bayang lah kalau aku nak beli banyak kan??? Semput lah sis. Survey punya survey, jumpa satu ads yang tawarkan 60pcs hanya RM139 sahaja FREE POST! Kira murah la tu. Aku beli kat SINI in case korang pun berminat.
Tips 1 | Bandingkan harga
Ofcourse, nak beli barang ni kita kena compare harga antara seller A, seller B dengan seller C. Kualiti sama, tapi harga berbeza. So?? Buat lah pilihan dengan berhemah with full consideration okay?? Selain tu, ada orang tak kisah harga mahal asalkan barang tu berkualiti. Ada jugak orang yang nak harga murah tapi produk mesti berkualiti, bila fikir balik, nak barang bagus mesti lah harga a bit pricey kan? So, lu fikir lah sendiri. Pape pun, kena pandai pilih lah and pastikan ianya berbaloi dengan bajet anda.
Tips 2 | Product Reviews

Bila kita nak beli barang secara online, feedback customer adalah sangat penting ya tuan puan. Sama penting untuk customer, penting jugak untuk seller, sebab dari feedback tu lah dia nak create 'TRUST' untuk new customer mereka. Untuk our point of view (buyers), korang boleh baca product reviews and boleh fikir lah sama ada aku nak proceed dengan seller ni or tak. Lagi best kalau review tu datang dari verified purchase. Aku ada baca kat blog, review dari verified buyer ni memang tips penting untuk kita consider sama ada seller ni trusted or tak.

Tak pasti macam mana nak dapatkan verified purchase tu, mungkin buyer tu da banyak kali beli barang from Lazada and buyer ni pun takde masalah payment dengan Lazada. Aku baru kali ketiga shopping dengan Lazada, hehe. Actually, kalau ramai cakap seller ni bagus, takkan kita nak menidakkan pulak kan?
Tips 3 | Lazada Voucher Codes
Sebelum aku proceed dengan payment, aku terfikir *blink blink cahaya mentol kat atas kepala ni*.

"Eh, bukan ke Lazada ni femes dengan voucher bagai tu?" - tanya diri sendiri.

Maka, dengan sedikit ingatan dan kebijaksanaan yang dikurniakan, aku google la mencari-cari Lazada voucher code yang aku boleh apply. Cari punya cari, terjumpa lah code yang sesuai, Get RM30 off with min purchase RM100 (tamat hujung bulan Feb) !!! Since barang yang aku nak beli ni RM139++, maka aku copy code and terus applied!


Tapi dia deduct RM20.85 sahajaaaaa... Tak pasti kenapa, tapi aku okay aje lah. RM20 off pun dah kira okay. Plus, aku dah delay nak beli benda ni almost 2 weeks. So, aku proceed jer. Btw, u gais boleh tengok SINI untuk every voucher codes yang ada. Kalau gigih lagi, boleh cari jugak kat tempat lain. Mula mula tu pun aku google je, so keluar la beberapa site yang list kan all the voucher codes. Even dekat website Lazada pun ade terpampang voucher codes untuk selected item. Korang kena rajin lebih sikit la okay? Pastu try and error je.
Tips 4 | Enjoy free post
Untuk setiap pembelian RM80 dan ke atas, korang boleh enjoy free post dari Lazada. With term and conditions dorang lah.
Tips 5 |  Earn points on your shopping with Lazada X Air Asia
Oh yeahh, lepas korang enjoy shopping dekat Lazada, korang akan dapat points tau, and point tu akan masuk dalam account AirAsia BIG Loyalty (bagi yang mempunyai akaun AirAsia). So yeahhh.. who knows points tu nanti bermanfaat untuk you guys bercuti naik flight dengan AirAsia nanti kan?

***

Buat pembelian secara online ni aku memang cukup berhati-hati. Seboleh mungkin kita nak elakkan kita ni ditipu dari seller kan? Semua orang macam tu. Sape je yang suka ditipu... Walaupun Lazada ni quite trusted, tapi ada jugak segelintir yang pernah kena tipu.. Hati-hati aje lah okay? Cara aku, nak beli barang yang maheyy and secara online ni, akan makan masa 2 minggu ke 1 bulan. Bab survey memang lamaa... sebab aku nak cari harga yang lebih murah lagi tau. Depends la kan.


Tadaaaa... thank you @poppy.polaroid , aku hadiahkan gambar polaroid ni untuk staff yang rapat dengan aku masa intern haritu. Heeee, cantikkan? Send gambar kat poppy polaroid, nanti dia printkan. Oh ya, nanti aku share story life aku as intern ye. Masih tengah susun entry. Banyakkk mende nak citer ni. Hehehe Sekarang ni poppy ada PROMO OPEN STORE, u gais boleh terjah instagram dorang cecepat okay?

Okay itu sahaja. If korang ade tips nak share fasal shop kat Lazada ni, please please drop your komen kat bawah and nanti aku update kat entry. Happy shopping and thanks for reading.
Bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

9 comments:

Lady SHAH said...

Samalah kak shaz..bila beli brg , code offer lah paling oenting..skrg banyak store yg sediakan offer..kene banyak search je..

http://byshaz.blogspot.com/2018/02/hotel-idaman-pada-harga-terendah-di.html

Nur Azian Jaafar said...

cikyan pon minat beli kat lazada..best.. byk pilihan..cuma tula..kdg2 ada jugak produk yg diluar jangkaan..hahaha

Raydah said...

kdg2 malas nak buat but kene jugak sbb nnt menyesal x dpt the best deal

Kin Naz said...

kinah pun kalau shopping online buat perkara yang sama juga. Dalam banyak-banyak webiste Lazada best lebih convenience

Radhia Razali said...

bagus tips ni..thanks for tips sharing, sis

sherlyannamartin said...

nice..

Ika.S said...

Nice sharing :) Hehe ika pun kalau nak beli mesti akan tgk review dulu. Risau takut beli salah benda hehe.
ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.my/

Siqah Hussin said...

Siqah kalau beli barang dari Shopee, Lazada akan tengok review produk dan seller. If okay dan berkeyakinan baru beli. Terbaik lah Izzati boleh gigih cari voucher segala. Jimat berbelanja :)

Izzati Amira said...

@Siqah Hussin haruslah jimat!! nak jimat kene lah gigih.. hikhik