HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Thursday, March 22, 2018

Part 1 Daily life stories | #doneinternship

Assalamualaikum w.b.t


Alkisahnya, 30th January yang lepas aku dah tamatkan perkhidmatan sebagai seorang intern dalam bangunan ni. Peace yo. Alhamdulillah, banyak kenangan manis pahit sepanjang 6 bulan aku intern kat sini.

As an accounting student, ofcourse lah aku ni nak intern kat audit firm kan. Tapi rezeki takde kat situ since aku pun faham, tak layak lah nak intern kat sana (Big 4 / Big 5) based on my results. Huahua. Plus, nak intern pun aku tengok elaun cukup ke idok nak sara hidup aku 6 bulan tu nanti, ye la KL kot. Member pulak banyak yang pilih tempat intern dekat dengan rumah dorang je. Most of my friends macam tu weh.. so, aku je lah tekad nak intern luar Melaka. Last minute jugak aku apply intern sini, Alhamdulillah urusan dipermudahkan.




Untuk Part 1 ni, aku nak share pengalaman aku intern kat KL. Not so details (apa yang aku buat as intern), lebih kepada pengalaman harian aku a.k.a daily life stories, kira macam introduction lah gitteww.

So, awal bulan 8/2017 aku dengan beberapa lagi kenalan batch mates yang tak berapa nak rapat berkumpul lah kiteowang depan lobi Tower 1. Lepas briefing apa semua, 11 orang intern Group Tax termasuk aku ditempatkan di Level 10, Tower 1. Tu lah tempat 'bekerja' kami sebelas orang selama 6 bulan.

Fyi, seingat aku lah, ni first time aku masuk KLCC. And baru tahu bawah tu ada shopping mall (Suria KLCC). Dulu masa kecik pernah lalu kat taman air kanak-kanak kat KLCC Park je, tu pun abah tak bagi mandi. Padahal aku beriaa gila nak mandi situ. End up aku muncung satu hari sebab tak dapat mandi. Satu lagi, ada rombongan tadika masa aku 6 tahun, tu pun jenjalan area KLCC Park je. So, dah umur 23 tahun ni lah baru merasa masuk KLCC.

Aku tak pernah pasang impian untuk kerja kat KL sebab living cost tinggi, semua orang tahu kan. Tapi tu la, bila dah ada peluang intern kat KL, why not kan? Kot masa ni je peluang aku untuk merasa hidup di KL, acewahhh. Tapi, bila dah intern kat KL + aware dengan kos sara hidup tinggi, still jugakkk aku merayap weekend. Hahahaha


Dari kiri, pipi pau, cik adibah and wanita besi kita, Shera

Beloved roommates Wisma Zabedah. Hehehe. Kami lah anak-anak muda yang sanggup meninggalkan negeri masing-masing untuk mencari ilmu dan pengalaman jauh diperantauan. Alhamdulillah, pahit manis 6 bulan jadi roommates walaupun dah kenal lama since diploma. Gaduh gaduh manja alah bisa tegal biasa. Tapi tula, kita sebagai manusia yang serba kekurangan, terima baik buruk seseorang itu seadanya. Kata member.... heheh Thanks korang for everything.

Kiteowang bertiga sewa 1 bilik, kat apartment Kampung Baru. Level 4 kau, memang penat wehh. First 2 days tu, memang penat terok, naik tangga macam nak tercabut jantung. Orang yang tak fit macam aku ni memang cepat penat. Hahah. Bulan pertama tu pergi kerja naik train, masa tu ada promo 50%, so dari Kampung Baru ke KLCC tu satu stop je. Murah laa.. tapi nak berjalan kaki ke lrt tu berpeluh jugak la mak berjalan. Mula mula akak rumah tu bawak ikut jalan jauh. Giler tak penat 2 hari pertama tu walaupun kat ofis tak buat pape sangat.

Lepas 3-4 hari aku ikut shortcut, aku follow belakang orang and ikut sense sendiri je. Rasa nak hangin jugak la, yelah akak tu dah bertahun tahun tahun duduk situ tapi still tak tahu jalan shortcut? Dia rela jalan jauh??? Mak tak rela u olss!!

Ada sekali tu, aku balik awal, so ada masa panjang sikit la sebelum maghrib. Balik kerja tu la aku follow je orang dari belakang, walaupun ade sesat jugak sampai terpaksa guna waze pejalan kaki *lap peluh*. Yela, rumah kat Kampung Baru ni tak banyak lorong, ada sesetengah rumah je baik hati bagi jalan ikut pintu belakang rumah dorang. Alhamdulillah, memang bersyukur sangat. Dan sejak itu, selama sebulan aku and Shera pergi KLCC naik lrt je.


Intern-mates. Paah, Wanie and Niza. 3 perempuan senget yang sangat complicated. Hehe

Selepas sebulan tu, rasa macam dah taknak naik lrt lagi. Plus, shera dah kerja part time and ada motor sendiri. Walaupun aku bawak kereta, terasa rugi sangat minyak semata-mata nak drive park kat lrt. So, alternatif lain. Kita naik bas. Alhamdulillah, ada bas yang direct terus ke KLCC from Kampung Baru which is RapidKL 302.

Naik bas memang best sebab.... murah, waktu tu 50% naik lrt dah tamat. So, kita naik bas pulak, 40 sen je uolss. Tapi, yang bencinya naik bas ni, datang tak tetap waktu, bas selaluuuu penuh, dan bangladeshi.

Next entry Part 2, aku share story pengalaman naik bas okay? Haha.ha tu pun nak citer ek?
Eh lantak lah!! Tunggu tau.

Thanks for reading, bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

No comments: