HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Monday, March 26, 2018

Part 2 Pengalaman naik bas | #doneinternship

Assalamualaikum w.b.t


Hai korang. Untuk part 2 ni, going to be a short story of mine. Heehe, sebab pengalaman naik bas je kan. But please, jom la baca kisah aku ni. Heee

Okay for the first month, which is, August 2017, aku dengan Shera kiteowang just guna lrt je untuk ke KLCC, 1 stop aje from Kg.Baru kan. Lepas sebulan tu, baru tahu ada option untuk naik bas rapid jugak, so we decide untuk naik bas la masuk bulan 9 tu. Shera dapat teman aku sehari je sebabnya dia da start keje part time and bawak motor. Maka nya aku sorang aje lah naik bas 302 ke KLCC.




Pengalaman paling hampeh, mesin scan rosak and aku takde cash RM1. Aku ade RM50 sekeping je, pastu kapten bas (A) tu suruh turun next stop and tunggu bas lain yang mesin tak rosak. Macam taik kau tau takkk. Aku cam... "Whuttttt????????????" , aku ingat lagi nama driver bus tu. Tersemat di dalam jiwa sebab dia memang banyak buat hal. Disebabkan tu, aku sampai ofis kol 9am. Gilaaaaa bapak lama aku tunggu bas kau tahu. Haihhh. Sejak dari itu, aku prepare rm3-4 duit singgit singgit supaya kejadian sama tidak berulang.

Bad experience dengan kapten bas A (bukan nama sebenar), bas memang la penuh, tapi muat aje nak masuk 2-3 orang, tapi dia blahhhhhhhhhhhh macam tu je? Cam.... kau ghase tak apa aku ghase? Dah berpuluh minit kau tunggu bas, end up dia blah macam tu je? Hangin? Yes. Dia banyak kali buat macam tu gais, sampai aku petik nama dia kat rapidkl punya twitter, rasain lo!!!! Buat kerja tu bebetul aa bro. Since then, aku da tak nampak muka dia bawak bas 302. Huh


Tapi ada sorang pacek bas, B tu dia baikkkkkkkkkkk sangat. Bukan la jenis baik yang kita boleh pijak kepala, tapi dia baik tak banyak buat hal, bas penuh pun dia still angkut. Sebab apa? Sebab dia faham, orang ni dah tunggu lama nak pergi tempat kerja, takkan la dia sewenang-wenangnya nak tinggalkan buat buat tak nampak aje orang tunggu bas kan? Thank you kapten B (bukan nama sebenar) !

Adat lah bas lambat sampai, tu aku faham and pengalaman biasa, tapi aku tak boleh aa kau buat bas tu cam kompeni bapak kau punya, aku bukannya jahat nau naik bas tak bayar, bukannya aku kotorkan bas tu pun. Hmmm

Okay, pengalaman terakhir konfem la...... "masalah bau"

Tak dinafikan, bas kat Malaysia ni bukan Malaysian aje yang guna. Okay aku faham. Suasana pagi nak pergi tempat kerja, satu hari tu bas penuh macam biasa, aku duduk seat paling depan with other sis beside me. Dekat Ampang Park, naik la 3-4 orang bangladeshi, salah sorang tu dia angkat tangan untuk paut tiang depan aku, kau bayangkan eh... dia punya angkat tangan betul betul depan muka aku, PERGHHHH BAUUUU diaaaaaa. Aku cam, ni pagi kot, berpeluh pun belum kau punya bau bagai nak rakkkkkkkkkkk. Kau tak mandi ke wehhh, macam bertahun tak mandi. Hek alaaaa, aku da toleh kiri pun cuba cium bau akak sebelah yang wangi tu pun still tak boleh lawan tengik bangladeshi yang angkat tangan nih. Ampang Park ke KLCC tu dekat aje, tapi ade lagi 3 stops untuk sampai KLCC tau.

What i feel inside *hahah*

Muka aku kalau boleh bertukar warna masa tu, hijau biru hijau biru hijauuuuu masa tu weh. Aku pening gilaaaaaaaa. Memang tak boleh lari nak pergi mana mana so aku tahankan aje lah tutup dengan tudung pun tak jalan weh. Aku rasa sangat terseksa masa tu ye anak anak. 

Lagi, masa tu kapten B yang bawak bas, bas tak penuh sangat masa tu, naik 3-4 orang bangladeshi, bau memang kuat ahh. Aku berdiri jarak SATU METER pun boleh bau. Pacek bas tu selamber cakap, "Perghh bau kemain tengik lagi kau. Tak mandi ke apa",  hahaha. Serius pacek tu cakap macam tu weh, tapi tak sure la bangladeshi tu faham ke tak. Dorang ni paham bahasa bila kene jerkah je sebab sometimes taknak bagi kerjasama.


Sampai je KLCC, terus aku berusaha untuk turun cepat since aku betul betul tak tahan and rasa nak muntah waktu tu. Ughhhh. Okay itu la pengalaman pahit >>>>>> manis naik bas. Tu pengalaman aku, takde niat nak memburukkan sesiapa. Bukan tak biasa dengan dorang, cuma haritu adalah pengalaman bau paling teruk aku pernah alami.

Motif aku buat post ni, hanya lah sekadar nak share pengalaman aku naik bas sepanjang aku intern jer.. Kat kampung pernah je aku naik bas, zaman sekolah pun aku pernah naik bas. Engkorang jangan bebukan nak cop aku budak bandar eh. Aku tak cop semua bangladeshi ni bau tengik. Ade je yang elok rapi kemas elok elok. Ada sorang yang tunggu bas dengan aku, dia elok je tak bau pun. 


Highlight : Syukur Alhamdulillah, Allah S.W.T lindungi aku, takde kes seluk saku, amik kesempatan semua. Baca ayat kursi banyak banyak okay sebelum keluar rumah, sebelum start pemanduan semua. InshaaAllah

Eh, panjang pulak story nya, hahaha. Okay tu je lah.
Thanks for reading. Bye


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

1 comment:

Nur Ezzaty said...

Hi geng nama sama. Teringin juga naik bas drpd LRT/MRT/monorel. Tapi haritu memilih untuk jalan kaki ke Pavilion drpd KLCC. Bakar kalori sis XD
Btw, jom baca post terbaru saya.
https://typewriterzone.blogspot.my/2018/04/things-that-i-learned.html