HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Thursday, August 30, 2018

Tips: Penyelesaian kepada masalah baju singkat

Assalamualaikum w.b.t

Pening dah kepala ni. Diri nih dah makin memanjang ke mengembang ek? Aduh. Baju lama banyak yang dah singkat and tak cukup labuh. Stressnyaaaa... baju lawa lawa pulak tu yang banyak dah singkat.

Tips?
#1: THROWS ALL YOUR CLOTHES

Hahaha. Kejam punya tips. Itu je lah cara nya sebab dah singkat kan, nak pakai lagi..... segan, nanti orang ingat kita pakai baju adik. Hmm sedih lagi. Tak sesuai lah kita yang muslimah ni nak pakai baju pendek pendek lagi ni kan. Nak nampak muda dalam berfashion pun agak-agak lah bro.

#2: Al-fatihah. Sedekahkan baju baju cantik anda kepada adik/sepupu perempuan

Ha giteww, bukan selalu buat amal kebajikan kan. Jadinya, moh ler sedekahkan baju yang dah singkat itu kepada adik adik or sepupu perempuan yang boleh pakai baju tu. Mesti dorang happy.

#3: BURN (read..bakor)

Yup, tak boleh tak boleh. Tak nak sape sape pun pakai baju yang aku da pakai. Kalau aku tak boleh pakai, yang lain pun tak boleh pakai!!! (ni level jeles perempuan yang suka rampas laki orang! OR bila pakwe dah move on dengan girl yang lebih baik..gitteww). Heeee, joking. Please jangan bakar apa-apa jelah, kesian bumi kita ni. Lapisan ozon pun dah makin menipis. Cari alternatif lain okay? Good.

#4: Buy new clothes

Yups. Beli je lah baju baru. Poket korang kan sentiasa berkepuk kepuk pung pang boom boom. Treat yo self! Lupakan yang lama, dapatkan yang baru. Move on la girls!!! Kemon aaa.

TAPI kan....bila nak beli baju baru tu kan. Jadi pulak macam ni..

*masuk mall, berkenan kat satu baju*

"Aduhhhh, lawa nya baju tu. Design baru nih" - berkata dalam hati. *blink blink*
Yang spoil nya bila baju tu singkatttt... 

Menanges dalam kereta woi. Sedih dia tu lain macam. Lagi sedih dari dapat tau, adik kita curi minum air yogurt kita dalam peti ais. Huwaaaa. Sedih sebab kita kalau boleh nak beli baju yang cantek mavelous at least yang dapat cover peha and pinggul lah kan. So macam mana girls?

OK DAH DAH. JOM TAMATKAN SEMUA DRAMA NI. BACK TO REALITY!! ITS 2018!! Takde yang impossible dah bila masuk bab berfesyen.
Dengan ada nya miniskirt or blouse extender ni, korang dah tak perlu fenin fenin sama ada baju tu nak kena buang ke, bakor ke, sedekah ke, TAK PERLU!!! Grab miniskirt black ni from @meerakle.co (instagram). Masalah pun settle. Satu kaler ni boleh padan dengan macam macam jenis and warna baju.

Guys, i tell you ha. You akan nampak lebih manis a.k.a sweet tau bila pakai miniskirt ni, terutamanya untuk tshirt yang tak berapa nak labuh tu. Bila aje nak pakai miniskirt nih?  Boleh pakai untuk pergi bekerja, bersukan, aktiviti merentas desa sekolah, beriadah bersama kengkawan/keluarga, window shopping, pergi makan, berbasikal. Memang nampak helok sangat sebab menutup bahagian peha and pinggul dari tontonan orang ramai. *emoji thumbs up*
Sweatshirts, sweater, blouse yang tak berapa nak labuh tu, kita pakai la sekali dengan miniskirt ni. InshaaAllah aurat terjaga.
"Bila pakai miniskirt ni, saya boleh jalan dengan confident. Sebelum ni segan nak pakai seluar sebab nampak bentuk peha dan punggung. sekarang tak segan dah! Baju lama-lama yang singkat dalam almari saya keluarkan balik sebab boleh pakai dengan mini skirt ni. tak risau dengan aurat terdedah lagi" - pengguna miniskirt.
Okay thats all, semoga perkongsian saya ini membantu untuk readers and gegirls muslimah kat luar sana ye. Follow @meerakle.co di instagram dan dapatkan 10% discount sebab sempena merdeka ni dorang buat sale!! Harga serendah RM19 korang dapat less lagiii. Hadoi sapa nak bagi ni? Cecepat follow and grab at least 1pc pastu hebahkan kat kengkawan and femly members okay? 

Thats all. Thank you for reading. Bye


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Monday, August 27, 2018

Series Review | Thai drama pt.1

Assalamualaikum w.b.t


Hai korang, as all of you know or..  maybe dont know, hehe.... i really love watching asian punya dramas and movies tau. Especially, philippines, thailand, chinese, korea, jepun , indonesia punya lah. Jenis aku, aku suka cerita yang light tak terlalu heavy, sebab bila cerita tu sedih, aku mudah attached and nak move on dari satu satu cerita tu susah sikit laaaa. Lagi lagi kalau cerita sedih. Kureng jugak layan cerita yang stress and kena banyak berfikir, kalau boleh memang suka yang mudah terhibur je. Haha. Hmmmm, macam kdrama citer Goblin tu, 3 hari aku tak move on kot. Tapi cerita bestttt. HAHAHAHA

Aku suka genre yang kelakar sebab aku suka have fun dengan skrip dorang, tengok expression pelakon dorang, best terokk! Nak nak, citer thailand memang best man win lahh. Sangat kelakar walaupun ada yang keterlaluan (bila pengotor tu kotor sangat, hahaahaha). Im the type yang suka layan short stories and movies je buat masa sekarang ni. Dah tak into drama (especially kdrama), reasons? Nanti kita share next blogposts okay??

Actually, aku dah baaaaaanyaakkkk tengok series and movies cuma kengkadang je aku share kat sini. Since aku nak avoid blog ni dari terus berhabuk.. why not kan? Nak share travel story pun, diri sendiri pun masih sibuk tanam anggur. Untuk thailand series part 1 (version and series lain lain pun akan menyusul jugak nanti), aku akan suggested beberapa series yang my top pick and others untuk korang baca and if korang interested, i'll try my best to attached the link untuk korang tengok later okay?? With english subbed lah semestinya!!


Tadaaaaa....

Kiss Me Thai drama
Taliw, a cute, lively and clumsy girl, has had a crush on a popular and genius named Tenten, who is a new student with an IQ of 200. Tenten just returned from Japan with his family. How will Taliw deal with her feelings towards Tenten? Sometimes, he treats her kindly and cares about her. Yet, sometimes he teases and embarrasses her in front of all the students in their school.
My thought: To be honest, untuk korean and japanese punya version (original version) aku tengok gitu gitu je, tak full la. Untuk korean version, aku tak minat hero and heroin dia, so aku memang tak tengok, hahaha. Jepun punya version pulak, hero dia handsomeeee okayyy (Yuki Furukawa handsome sangatttt) , heroin okay jugak, aku tak ingat lah aku tengok penuh ke tak, tapi tengok gitu gitu je la.

Fav scene, heee. Teacher dia overprotective masa exam sebab Tenten kan bijak. Risau sangat student lain tiru Tenten. HAHAHAHA

Yang thai version ni pulak, at first, aku cam 
"apehal rambut dia blonde? tak sesuai langsung dengan muka dia!"

Tapi ntah macam mana aku layan jugak sebab takde citer lain untuk dilayan kot. Hahaah. Then, lama-lama tu aku cam, "Eh, hensem pulak Tenten (Mike) ni", hahahaha. Mudah cair? Yes.

Phuong Lien : Kiss Me Thai Playlist (EP1-19)
James Tewksbury : Kiss Me Thai (EP20 FINALE)

Rate: 8.5/10

You might want to watch other remake version: Kiss Me remake

Kiss Me Thai Set Tour Eng Sub: Part 1 | Part 2 (please tengok yang ni jugak lepas korang habes tengok ke semuaaaa episod tau)
Kiss Me OST: Aom & Mike MV (lagu OST ni bestt and sweet. Suka dengar)

Full House Thai
Aom is a writer who got swindled out of her house during her trip to Korea. She finds out that her house was sold to Mike and in an attempt to get her possessions back, she enters a contract marriage with Mike for one year. Though she lost everything, Aom remains optimistic and takes things in stride. What started out as a business relationship between the two becomes personal as they start to care for each other.
My thought: Actually ni gandingan pertama Aom and Mike untuk thai drama as hero an heroin. Tapi aku tengok yang Kiss Me dulu baru Full House. Sebab takleh move on dengan kehenseman Mike, makanya tengok la Full House pulak. Heeee, actually Full House kat thailand ni memang letops habis and ramai fans ship dorang gilaa gilaa sampai ada nama AoMike.

Kalau nak compare, aku lagi suka Kiss Me dari Full House. Reason.....hmmm, banyak scene Full House yang aku rasa cringe *giggle giggle*... and lagi, sebab watak Tenten ni kelakar lebih dari watak Mike, and tetiber aku rasa blonde memang sesuai dengan Mike Angelo nih. Hahaha

Angelina Mendoza: Full House Thai eng sub EP 1 | EP 2 | EP 3
Ernest Hubert Playlist: Half screen eng sub EP 1-20
Truevision (official chanel) without eng sub: Start from EP 4

Rate 7/10

Overall, post kali ni lebih kepada Mike Angelo punya drama lah. Heeee, baru dua drama thai dia yang aku da tengok. Yang lain tak try lagi. Untuk yang Aom, aku da pernah tengok dia dalam debut movie Yes or No (blogpost SINI).
#QOTD: Korang pernah layan tak dua cerita ni? Apa pendapat? Mana yang korang suka antara dua series ni?
That's all. Terima kasih sudi baca.
Bye.







Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Sunday, August 12, 2018

Movie Review | Hantu Kak Limah


Assalamualaikum w.b.t

Seram? Yes
Kelakar? Yes
Pecah perut? Yes

Korang dah tengok HKL ni?? Aku dah tengok semalam dengan femly. Kelakar gilaaaaaaaaaaaaaaaaa. HAHAHAHA. To be honest, aku ni kira penakut jugak la, tapi kalau cerita hantu genre kelakar (humor) ni memang cerita wajib tengok. Heheh. Kalau hantu bunuh bunuh tu memang tak laaaa, aku tak suka cerita psiko.

Bila tengok cerita hantu ni semestinya aku akan tutup muka awal awal, not 100% fully tutup lah, bahagian mata tu bukak la, same goes to my sister, hahah. Masing masing jadi mangsa kalau aku ketakutan and gelak gelak, hahah. Sorry girls.

Ada satu scene tu, masa dorang tengah sibuk berlari dari HKL, tetibe je hantu jepun tunggu tepi jalan, andddd aku sorang je yang menjerit gais. Yup, AKU SORANG *emoji gelak besar* jerit sebab terkejut doh, hahaha.

Kalau dilihat lihat, muka macam ex-wanita pertama malaysia kan? Hihi

SINOPSIS MOVIE HANTU KAK LIMAH
Mengisahkan tentang Husin yang pulang ke kampung setelah tidak lagi mencari rezeki di Singapura. Dia kemudian bekerja dengan sahabat baiknya Khuda , Wani dan Yeh Sekupang  di kilang arang. Sementara itu, Kak Limah  baru berkahwin dengan sahabat Husin iaitu Khuda.
Namun, baru sahaja menikmati kebahagiaan rumah tangga, Kak Limah telah ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan. Pada masa sama, Husin bersama rakan-rakannya Wani dan Khuda masuk ke hutan untuk menangkap burung, namun tidak semena-menanya Husin bertemu dengan seorang gadis cantik yang misteri di dalam hutan dan jatuh cinta dengannya. Ironinya, sibuk menangkap burung, Husin dan Wani tidak tahu akan berita kematian Kak Limah termasuk suami Kak Limah sendiri, Khuda.
Sementara itu, Yeh Sekupang, selaku Menteri Informasi di Kampung Pisang, sedang menguruskan jenazah Kak Limah dan memberi tugas kepada Nayan untuk menjaga jenazah sehingga anak Kak Limah, Musalman sampai dari Kuala Lumpur. Nayan masih keliru dengan kematian Kak Limah kerana dia baru sahaja berjumpa dengan Kak Limah di tebing sungai sebelum datang ke klinik. Sementara, Khuda sempat pulang ke rumah bertemu Kak Limah dengan membawa Husin dan Wani serta menjamu mereka bubur keladi. Di sini bermulanya misteri apabila kelibat Kak Limah masih kelihatan walaupun dipercayai sudah meninggal dunia. - wikipedia


Scene yang kelakar memang banyak, watak Nayan dalam citer ni memang best sangat. Hehe. Cerita ni banyak jugak penampilan istimewa dari artis malaysia kita. Gandingan Mus May & Awie untuk lagu Srikandi Cintaku (penyanyi asal, Bloodshed), memang power!!!! Suara Mus memang sedap terokkkk. Penyanyi legend rock malaysia, suara memang takleh lawan. Boleh dengar kat sini > LINK

Overall, kelakar memang kelakar. Cuma storyline biasa biasa jer. Tak boleh lawan Zombie Kampung Pisang (ada Soffi Jikan, Que Haidar, AC Mizal, arwah Pak Abu) and impak Hantu Kak Limah Balik Rumah (sebab ada Johan and Ucop Wilcha)

Rate? 3/5

Okay gais kepada yang belum tengok moh ler support filem arahan Mamat Khalid ni okay? Just for fun memang berbaloi dengan harga tiket dibayar, and chill aje okay?

Thanks for reading. Bye


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Thursday, August 9, 2018

Lagu wajib karok?


Assalamualaikum.

Last month sebelum final paper, kiteowang ada gap satu minggu, so... since ni final semester kiteowang, reunion lah geng karok kami berlima. Hajar, Fatin, Hanis, Nada and aku. Semua nyanyi sedap, semua nyanyi sumbang, HAHAHAHA.

Rindu pulak nak karok lagi. Hehe

Last sem kiteowang karok berlima, 3 jam je. Tak cukuppppp. This sem karok 4 jam. Okay lah sikit sebab siangnya kiteowang dah penat mandi manda kat pantai, walaupun badan letih, Gagah jugak la nak pergi karok petang tu. Hehe

Kiteowang tak dance. Guna bilik kecik je.

So, lagu apa je yang wajib bila karok ni weh?

Kalau fatin, dia sejenis yang layan lagu cintun tangkap leleh. And ada beberapa kali tu lagu yang kiteowang tak pernah dengar langsung *emoji gelak besaq*. Hajar and Nada pulak sama taste dengan aku, lebih kurang laa, cuma kpop bias Hajar and aku tak sama, haha. Haritu karok lagu OST Goblin, I will go to you like the first snow, memang takde lah romanized lirik kat skrin, gigih memasing google romanized lirik and nyanyi sama sama. Lawak aaa. Hanis lagi best, dia minat anime pastu nyanyi lagu jepun. Lawak tahap gaban sebab macam doraemon je nyanyi nyaaaaa. Hahahaa

Actually kan, kriteria lagu untuk karok ni kenalah cari lagu yang pitching tinggi, mendayu, rap, duet song barulah syok, kan? So, bawah ni memang lagu wajib karok, lagu masa zaman 90's and 00's, so memang familiar la kan.

Madah berhelah - Ziana Zain
Lagu ni bukan calang calang orang boleh nyanyi tau... melainkan kau Ziana Zain. Hahahah 
Memori berkasih - Achik NanaWalaupun yang pompuan pompuan aje nyanyi, sorang mesti lah jadi Achik kan.. Suara Nana pun susah nak follow kot. Hehe 
RapKenapa Shazzy feat Lah VE | Tak tahu Adam AF

Aku memang suka rap. So yeahh part rap je la aku nyanyi. Yang tak berapa nak laju laa, hehehe. So that's my top 3. Korang suka karok? Lagu apa yang wajib karok tu? Share kat komen please.

Thats all, thanks for reading. Bye


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Tuesday, August 7, 2018

Starbucks | Caramel Cake

Assalamualaikum w.b.t


Last January was my birthday, so i got to redeem my birthday cake kat Starbuckssss u olss. Memang best gilaa if korang ada membership tgv card, starbucks card, etc cuz u got free tickets, popcorn, cake on your birthday month!!!!

HOW TO APPLY STARBUCKS CARD

How? Pergi dekat any Starbucks store, then korang cakap la nak beli kad, ade yang RM20, RM30 and RM60 kot, different designs different price, korang tanya aje. Bila korang bayar contohnya RM30, automatik RM30 tu dah ada dalam card korang, and boleh la terus beli any Starbucks drink pilihan hati cinta korang okay? My fav is Ice Vanilla Frappucinoooooooooo.


Ni kad yang menjadi pilihan aku since design dia cantekkkkkk, RM30


Okay, lepas dapat kad tu jangan lupa register kad korang kat website or Starbucks punya app okay? Install dulu kat smartphone korang, pastu godek godek dalam apps tu, boleh tengok balance card, pastu ada rewards, beli 10 handcrafted beverages, nanti boleh redeem free drinks lagi.. Aku pun newbie lagi bab ni, semua berkat tunjuk ajar cik Adibah. HEHE

Okay, move on pasal rewards. Bila korang ada card, ada beberapa benefits yang korang boleh enjoy. Salah satunya, dapat free cake masa birthday month kitaaa.. YEAYYY Ada la 2-3 kali masuk store, tapi takde kek yang berkenan so aku taknak redeem lagi. 


So, haritu g AEON Melaka, and i saw this cutie......

Salted Caramel Marble Cheesecake

Sejujurnya sis can't resist any kind of food yang relate dengan CARAMEL.. HAHAHAH Nama pun dah sedap, rasa macam nak nama kan nama anak kittew dengan nama caramel lah. Eh... 

 'Caramel' memang fav sis. Atas tu walnuts, mestilah sedap kann. Actually, ada lagi beberapa kek lain yang menarik perhatian, tapi sebab birthday sis, sis redeem yang ni lah. Sis bagi 5 bintang untuk kek ni since menepati citarasa sis. Next time kita try yang lain pulak okay?

Thanks for reading.
Bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Monday, August 6, 2018

Promoting Hantu Kak Limah 2018


Assalamualaikum w.b.t

Hai korang, nak promote ni. Aku dah layan citer hantu lawak arahan Mamat Khalid ni since Zombi Kampung Pisang tau. So, you gais jangan lupa ajak femly, kawan kawan tengok Hantu Kak Limah ni. Dengar dengar, memang lawak gilaaa nak jatuh dari kerusi wayang tu. Last week abah tengok teaser 1 minit kat movie hall pun dah berdekah katanya. So gais jangan lupa okay weekend ni kita layan Hantu Kak Limah 2018, cerita wajib tonton okay!!!

Taktau la kali ni lagu rock kapak mana yang akan jadi tema. Ada ke ek? Tak sure pulak ni. Memang tak tengok langsung any preview or iklan sebab memang nak datang tengok terus je. Hehehe. Sebagai warga negeri Perak, sudah pasti teman support filem Mamat Khalid ni. All the best!!!

Konfem mengalirkan air mata sebab lawak pecah perut!! Hehee
Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Thursday, August 2, 2018

Produce 48 | Who's your pick?

Assalamualaikum w.b.t


O yeah o yeah. Walaupun pd48 kali ni nampak suram nak compare dengan previous season, as long as ada starship trainee ada dalam show tu, aku haruslah support. Heee... Untuk first season i was rooting for Yoo Yeonjeong sampai lah dia da jadi one of WJSN group members. Legendary performance from Yeonjeong mestilahh Into The New World group battle. Sedap terok suara dia. Masa tu international fans boleh undi, so memang aku support dia undi untuk beberapa minggu. 

Untuk season 2, im not very fond of boy group sangat, so memang tak tengok langsung. Hohoh, tapi support Jeong sewoon dengan Lee gwahyun jugak. Now, girls punya season, so sekali lagi aku rooting for starship trainee. Boleh cakap la yang aku ni more into girl groups, i like watching pretty, cute, funny & talented girls. Especially starship punya artist. Yela, SISTAR dah disband, so tinggal adik-adik lah yang aku nak tengok pun.

WHO IS MY TOP PICK??


Ahn Yujin!!!!! Actually, aku dah kenal dia sebelum dia join pd48 lagi. Pastu keluar rumor yang dia ni starship trainee, then aku terus follow instagram dia. So pretty, hardworking & talented!! Sekali imbas macam Exy pun ada jugak kengkadang. Baru 15/16 tahun, tapi tinggi ya ampun!!

Ahn Yujin Profile
August 31, 2003
Height: 168cm
Trainee period: 1 year 4 month
Company: Starship Ent.


Wonyoungie~~~ Trainee paling muda dalam pd48, giant baby. Heeehe. Features dia memang mostly korean suka. Tall, cutie & pretty. Lama lama tengok dia ni, memang jatuh hati terus sebab charming terok. Position yujin sedikit goyah ye. Hahaha

Jang Wonyoung Profile
September 1st, 2004
Height: 168cm
Half Taiwanese (father) , Korean (mother)
Trainee period: 1 year 2 month
Company: Starship Ent.

Miyu!!! Untuk japanese trainee aku support Takeuchi Miyu. So talented!!! Sings very well

Takeuchi Miyu Profile
January 12th, 1996, Tokyo Japan
Height: 154cm
Team 4 AKB48

My top 12 predictions untuk pd48 final line up (tak ikut susunan ye)
Ahn Yujin
Jang Wonyoung
Lee Kaeun
Choi Yena
Wang Yiren
Kwon Eunbi
Miyawaki Sakura
Yabuki Nako
Takeuchi Miyu
Honda Hitomi (Hitomi comel jugakkkk)
Goto Moe
Matsui Jurina

So, episod berapa tah, Jurina ada masalah kesihatan, so aku predict Murase Sae.

Not my top 12 pick tau. Ni aku rasa rasa yang akan jadi final line up. Berdasarkan populariti and attention yang dorang dapat. Hooo, so who's your top 12 pick?


End of August or early September ni WJSN akan buat comeback gaisss. Nanti sama sama support tengok MV dorang okayy?? Haruslah dekat starship official channel gittew. Ohyaa... aku ada beli lightstick dorang hokayyyy.. Ada m'sian ujungs re-sell sebab dia nak quit kpop. Oyess!!

Obviously not my picture la kan, malaysia mana ada pokok niii. Hehe. Aku baru snap video, tak tangkap gambar lagi. Nanti lahhh. Hohoh. Ofkos la happy terokk. Actually, aku ada menang giveaway Dream Your Dream album. Menang kat twitter, tapi sampai sekarang album tu tak sampai sampai lagi. Sedih betol.

Okay thats all. Thanks for reading. Bye


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.